Sebahagian pelajar yang hadir pada majlia penympian sumbangan bantuan banjir.


JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 25 Disember 2023 mengagihkan sebanyak RM60,748 kepada 105 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menjadi mangsa banjir gelombang pertama pada bulan November 2023 lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Ruslan Said berkata, setiap pelajar itu menerima sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM300, barangan keperluan, peralatan kebersihan dan kelengkapan solat.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (HEPA) UniSZA, Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff.


Seorang pelajar yang menjadi mangsa banjir menerima sumbangan daripada Ruslan Said (dua dari kanan). 



Menurut Ruslan, agihan itu disampaikan oleh JAKIM sebagai penyelaras sumbangan yang turut melibatkan pelbagai agensi lain di bawah bidang kuasa portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Turut menyumbang ialah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Lembaga Tabung Haji, Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan sebuah stesen televisyen swasta. 

“Ini adalah tanggungjawab yang kita tunaikan berdasarkan tugasan yang diberikan iaitu sampaikan sumbangan kepada mangsa musibah di seluruh negara termasuk kebakaran dan banjir. 

“Kebetulan Pantai Timur baru sahaja dilanda banjir dan kini Terengganu bersedia berdepan gelombang ketiga. Kita harap sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan pelajar UniSZA,” katanya. - KitaRepoprters


Antara barang kelengkapan untuk pelajar mangsa banjir


Sumbangan bekalan makanan turut diberikan.

 

12
17
0
10
0

Copy Link: