KPMC Haramain Sdn Bhd menyasarkan dana sejumlah RM100 juta dapat diperoleh bagi mengisi Tabung Wakaf di bawah pengendalian Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bertujuan menampung keperluan peralatan dalam usaha membantu jemaah haji dan umrah yang memerlukan kemudahan perubatan ketika berada di tanah suci Mekah.

Sehubungan itu, syarikat swasta, korporat mahu pun orang perseorangan yang berhajat untuk menyumbang kepada wakaf peralatan kesihatan tersebut boleh menyalurkannya kepada KPMC Haramain, sebuah syarikat usaha sama antara KPMC (Kajang Plaza Medical Centre), DAR iHsan Bhd dan Shaikh Fawas Basharahell daripada Kerajaan Saudi Arabia  yang memiliki Pusat Perubatan terkemuka di Mekah, iaitu Hospital Basharaheel.


Dari kiri: Dr. Shaharom, COO KPMC; Ahmed Shukri, CEO Samrah Travel; Abdul Rahim Abdullah; Saroni Judi; Sohaimi Shahadan; Abdullah, CEO Manaseek; dan Dr. Faridzatul Azna dari KPMC.
“Usaha ini selaras dengan apa yang dicetuskan 10 tahun yang lalu pada tahun 2013 dengan hasrat Road 2 Haramain iaitu satu inisiatif untuk membantu meringankan kos bebanan kepada tetamu Allah untuk ke Tanah Suci menunaikan umrah mahupun haji, khususnya menjelang musim haji tahun ini (2024),” ujar Ketua Pegawai Eksekutif  KPMC Haramain, Datuk Abdul Rahim Abdullah pada majlis pelancaran KPMC Haramain Sdn Bhd di Kajang Plaza Medical Centre yang dirasmikan oleh Presiden Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan (gambar atas, tiga dari kanan) pada hari ini (19 Disember 2023). 

Majlis turut menyaksikan Sohaimi menandatangani MoU bersama ialah Pengerusi KPMC Haramain merangkap Pengerusi DMDI, Datuk Saroni Judi.




Abdul Rahim menyampaikan ucapan aluannya.


Menurut Abdul Rahim selanjutnya, dengan adanya sumbangan untuk mewakafkan peralatan perubatan seperti mesin dialisis,  kerusi roda mahu pun ambulans, ia dapat meringankan kos bebanan rawatan jemaah menunaikan haji mahupun umrah dengan lebih terjamin. 

KPMC Haramain diwujudkan untuk membantu warga Istimewa (OKU), warga emas mahupun pesakit kronik, dialysis buah pinggang, pesakit asma, jantung dan lain-lain penyakit kritikal untuk mendapat perkhidmatan pakej khas perubatan dan keperluan peralatan kesihatan sewaktu menjalankan ibadah umrah dan haji.

“Kami juga bekerjasama dengan NGO dan doktor-doktor dari Malaysia dan negara-negara Asia untuk menyumbang kepada kesihatan tetamu haji dan umrah ini,” ujar Abdul Rahim sambil memaklumkan KPMC Haramain memerlukan sekurang-kurangnya 500 doktor sukarelawan menjelang musim haji tahun hadapan (2024). 

Untuk mencapai hasrat itu beliau berharap sekiranya ada pakar perubatan yang bertugas di Saudi Arabia yang bersedia untuk menyumbangkan kepakaran dan tenaga mereka sebagai doktor sukarelawan dipersilakan berhubung dengan KPMC Haramain.

“Sambil beramal dalam tugasan mereka berpeluang  ikut serta menunaikan haji,” tambah Abdul Rahim.


Saroni dan Abdul Rahim (kanan) pada sidang media di KPMJ Kajang.


Sementara, itu, berkongsi lanjut terhadap initiatif yang dijalankan dengan kerjasama Kumpulan Basharaheel dan beberapa NGO berlesen dan juga Malaysia, Saroni memberitahu, dengan kerjasama DMDI bersama DPIA, pihaknya yakin dapat  memperluas skop perkhidmatan dan pelaung wakaf kepada negara Asia.

Tambahnya,  DMDI berada di lebih daripada 26 buah negara dan juga merupakan sebuah inisiatif untuk merealisasikan kehadiran Melayu jati di seluruh dunia khususnya dunia Islam.

“Dengan kerjsama dan sumbangan antara KPMC, DMDI serta DPIA serta komitmen yang diberikan oleh Shaikh Fawaz Basharaheel yang membenarkan Hospital Basharaheel miliknya untuk dijadikan pusat perubatan utama di Mekah, insya-Allah kami bersedia membantu merealisasikan hasrat Malaysia untuk menyumbang dan juga hasrat Dunia Melayu Dunia Islam untuk menjaga kesihatan tetamu Allah di Tanah Suci,” tambah  Saroni.

Dalam pada itu, menyampaikan pesanan daripada Sheikh FawwazSaroni memaklumkan, Hospital Basharaheel yang telah ditubuhkan di Mekah lebih daripada 30 tahun yang lalu menjemput semua penggiat industri haji dan umrah menghadiri majlis perasmian  Pameran Umrah Dan Haji musim ke-3 yang akan dilaksanakan di Jeddah pada 8 hingga 11 Januari  2024. - KitaReporters



10
15
0
11
0

Copy Link: