Terbaiklah Koridor Utiliti Selangor! Sumbangan kepada warga emas, anak yatim! Dapat baju, duit raya!

Published by
KitaReporters


Koridor Utiliti Selangor Sdn. Bhd. (KUSEL) telah menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada penghuni warga emas dan anak yatim Pusat Jagaan Pertubuhan Baitul Rahmah, Rawang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang pada Rabu, 12 April 2023 lalu.

Selain sumbangan wang tunai kepada Pusat Jagaan Pertubuhan Baitul Rahmah, 15 orang penghuni warga emas, 50 orang anak yatim dan 12 orang penjaga turut diraikan menerusi sumbangan berupa baju kurung, baju Melayu, tudung, kain samping, jubah, telekung, sejadah, duit raya serta juadah kudapan raya.

Majlis turut dihadiri Chua Wei Kiat, ADUN Rawang; Khairul Azmi Misran, Pengarah Urusan KUSEL; serta 60 orang warga kerja KUSEL dan Pejabat ADUN Rawang.




Khairul Azmi dalam sebuah kenyataan berkata, “Bulan Syawal adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam dan tiada siapa yang berhak tercicir dalam meraikan bulan kemenangan ini. 

"Justeru, adalah menjadi harapan KUSEL agar sumbangan yang telah disampaikan ini dapat memberikan sinar kebahagiaan dan keceriaan kepada penghuni warga emas dan anak yatim Pusat Jagaan Pertubuhan Baitul Rahmah sempena lebaran yang menjelang tiba.”

KUSEL, sebuah organisasi milikan penuh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang prihatin terhadap kebajikan rakyat, khususnya di Negeri Selangor telah menyempurnakan beberapa siri serahan sumbangan termasuk persiapan menghadapi musibah bencana banjir, serta membantu golongan memerlukan bagi memberikan mereka pengalaman meraikan Hari Raya Aidilfitri yang lebih bermakna. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
16
0
6
0

Copy Link: