Krenovator Technology Sdn. Bhd. (Krenovator) memperkenalkan AI CV Maker dalam platform bakat teknologi yang dibangunkannya. 

AI CV Maker membolehkan bakat-bakat teknologi menghasilkan curriculum vitae (CV) mereka secara digital hanya dalam beberapa minit dengan bantuan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) melalui empat langkah sahaja. 

Selain memaparkan CV secara online dalam platform Krenovator, AI CV Maker juga menghasilkan CV yang mematuhi format Applicant Tracking System (Sistem Penjejakan Pemohon) atau ATS yang boleh dimuat turun oleh pengguna.

AI CV Maker ini boleh segera digunakan mulai sekarang oleh pengguna di seluruh dunia dan ia tanpa sebarang bayaran. 

Ia adalah peralatan AI terkini yang wujud dalam platform Krenovator sekarang ini, selepas pembantu pengekodan AI digelar Abraham yang dilancarkan baru-baru ini.



Ketua Pegawai Eksekutif Krenovator, Mahadhir Yunus, melahirkan kegembiraannya mengenai pelancaran AI CV Maker pada 19 Mei 2023, menyatakan, “Mewujudkan CV yang menarik perhatian pengurus pengambilan pekerja adalah suatu cabaran biasa yang dihadapi ramai bakat teknologi. 

"Menyedari hakikat inilah, kami terdorong untuk menawarkan pembuat CV berkuasa AI melalui platform kami, dengan kelebihan menghasilkan CV yang berformat ATS.”

CV format ATS adalah penting kerana ia memudahkan pengguna Krenovator yang mencari pekerjaan jarak jauh atau “remote” untuk berkongsi butiran kelayakan dan latar belakang mereka dengan menggunakan format yang memang diiktiraf dan diterima pakai oleh syarikat-syarikat di seluruh dunia.

Satu lagi fungsi penting AI CV Maker oleh Krenovator ini ialah ia membantu mengurangkan kesilapan, terutama dalam hal-hal bahasa.

Sebagai tambahan kepada format PDF, setiap CV yang dihasilkan akan tersedia dalam talian dalam domain awam melalui pautan web khusus, memudahkan majikan mengaksesnya pada bila-bila masa dan dari mana sahaja. Contohnya: app.krenovator.io/cv/NAMA.

Mahadhir berkata, “Krenovator tetap komited untuk menyediakan peralatan-peralatan berkuasa AI kepada komuniti bakat teknologi kami, dan AI CV Maker ini satu lagi contoh daya dedikasi kami.” - KitaReporters/Kenyataan Media


7
13
0
16
0

Copy Link: