POPULARITI Filem Mat Kilau yang berjaya memecah rekod dalam sejarah perfileman Melayu bukan sahaja mampu menarik minat penonton pelbagai lapisan usia dan keturunan bangsa, malah ia juga menjadi inspirasi pelbagai pihak untuk mengetengahkan aktiviti berasaskan semangat dan perjuangan pahlawan tersohor dari Pahang itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pahlawan Mat Kilau

Peserta Berakit Mat Kilau menyusuri Sungai Besut


Sehubungan itu, Pemuda UMNO Besut dengan sokongan Pejabat Ahli Parlimen Besut, Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih serta kerjasama padu dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seberang Jertih, Syarikat Paccar Service dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Jertih antara organisasi yang turut mengabadikan nama tokoh pahlawan tersohor itu dalam aktiviti kemasyarakatan.

Penganjuran Pertandingan Berakit Pemuda Mat Kilau dengan menyusuri Sungai Besut, Terengganu, pada Sabtu 10 September 2022 lalu, salah satu usaha penganjur untuk mengajak golongan pemuda dan masyarakat setempat memahami dan menghayati perjuangan Mat Kilau.


Ayub Jusoh


Pengerusi Penganjur, Ayub Jusoh berkata, berpaksikan cara hidup tokoh pahlawan terbilang itu, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan program tersebut dengan memberi fokus kepada penyertaan anak-anak muda.

Katanya, keadaan Sungai Besut yang menjadi laluan utama para pedagang pada satu masa dahulu ia amat sesuai untuk dijadikan lokasi program berakit sebagai salah satu cara untuk mendedahkan kepada peserta golongan remaja menimba pengalaman menyusuri sungai dengan rakit.


Semangat Mat Kilau ditunjukkan oleh peserta berakit menyusuri Sungai Besut

Menurutnya, program sehari itu disertai 55 peserta dengan 11 rakit buluh termasuk daripada ahli-ahli Wanita dan Puteri UMNO yang kesemua mereka pertama kali dalam sejarah hidup menikmati cabaran dan keseronokan berakit.

“Alhamdulillah semua peserta berjaya menamatkan acara berakit sejauh tujuh kilometre bermula dari Kampung Padang Tapung hingga ke garisan penamat di Jambatan Jertih dengan mengambil masa selama dua jam,” katanya.

Sebagai galakkan, katanya, pihak pengangur turut menawarkan ganjaran wang tunai sehingga RM1,000 kepada  pasukan yang berjaya dalam cabaran tersebut mengikut kategori tertentu.


Peserta wanita turut berkongsi pengalaman menyertai program berakit


Ayub berkata, bagi memeriahkan suasana, di pinggir sungai tersebut pihaknya turut mengadakan pertandingan mewarna, persembahan kebudayaan dan jamuan gulai kawah kepada semua tetamu yang hadir 

Beliau berkata, program itu amat berjaya dan peserta tidak menghadapi sebarang masalah walaupun sebahagian besar mereka tidak ada pengalaman berakit. 

“Setiap peserta dan kumpulan berakit pula diwajibkan berpakaian dan menghias rakit bertemakan pahlawan Mat Kilau,” katanya. - KitaReporters


Sebahagian penonton yang membanjiri tebing Sungai Besut menunggu ketibaan peserta berakit

20
10
2
15
4

Copy Link: