SEORANG peneroka Felda Lasah berjaya menghasilkan lemang yang paling kecil dengan saiz sebesar batang rokok di Sungai Siput, Perak. Sungguhpun lemang kecil ini agak sukar untuk dihasilkan tetapi beliau berjaya menghasilkannya dan mendapati ia lebih banyak khasiat makanan berbanding dengan lemang menggunakan buluh biasa. : KitaReporters 



Lagi kisah-kisah berkaitan lemang:

https://kitareporters.com/search?search=lemang


"Kalau dengan menggunakan buluh lemang bersaiz kecil ini ia mampu menghasilkan 50 hingga 70 batang lemang bagi segantang beras.

"Berbanding dengan saiz buluh lemang biasa hanya dapat antara 10 batang sahaja" kata Mohd Nasir Shamsudin yang menetap di Kampung Pulau Ador berhampiran Felda Lasah.


Mohd Nasir Shamsudin


Katanya, apa yang lebih menarik lagi buluh-buluh lemang yang bersaiz kecil yang terdapat di kawasan rumpun buluh tidak perlu dimusnah lagi malah boleh diguna dengan sebaik mungkin.

"Saya menghasilkan lemang bersaiz kecil kecil ini sejak sepuluh tahun yang lalu.

"Saya boleh menghasilkan sebanyak 500 batang lemang kecil sehari. Rasanya lebih sedap." Katanya. 



Membakar lemang kecil ini hanya mengambil masa antara sejam hingga dua jam sahaja menggunakan dapur gas.

Walau pun cara untuk memasukkan daun pisang, santan dan pulut ke dalam buluh agak rumit tetapi ia sudah biasa baginya. 



Mohd Nasir yang mengusahakan bersama isterinya menganggap penghasilan lemang kecil ini mampu membantu menambah pendapatan keluarga.

Katanya, sehingga kini ramai yang telah menempah untuk mendapatkan lemang kecil ini termasuk dari Kuala Lumpur  selain dari kawasan kawasan berhampiran.


"Lemang kecil ni telah mendapat tempahan untuk Aidilfitri tahun (2020) ini daripada peminatnya dari kawasan berhampiran termasuk penggemar lemang," katanya.

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui cara membuat lemang kecil ini boleh menghubungi Mohd Nasir di No 5, Kampung Pulau Ador,  Jalan Felda Lasah, Sungai Siput (U), Perak melalui telefon 0195744678. - KitaReporters


1
2
0
0
0

Copy Link: