PANTAI Cahaya Negeri di Port Dickson bakal diserbu oleh para kaki pancing sempena PD Surfcating Challenge 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 25 Disember 2021 ini.

Kira-kira 800 kaki pancing dijangka tampil menyahut cabaran pada pertandingan tersebut yang menawarkan hadiah wang tunai RM12,000 untuk juara.

PD Surfcasting Challenge 2021 ini dianjurkan bersama oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS).


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kaki pancing



Menurut Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa (gambar bahwah), acara ini bukan sahaja menyediakan medan buat kaki pancing bersaing sesama sendiri tetapi turut memainkan peranan mempromosikan keindahan pantai-pantai yang terdapat di Port Dickson.

Selain sebagai aktiviti riadah bersama keluarga masing-masing pada hujung minggu.

Mohd Zamri menambah, juara bagi pertandingan itu nanti bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masingnya menerima RM3,000 dan RM1,000.

"Hadiah wang tunai juga disediakan kepada pada pemenang sehingga tempat ke-70 dan ia berkonsep sapu bersih.



"Kaunter pendaftaran akan dibuka pada Jumaat ini (24 Disember 2021) bermula pukul 3 petang hingga 12 malam. Khemah urus setia akan dibuka di lokasi pertandingan bagi memudahkan para peserta membuat mendaftaran. Yuran penyertaan adalah RM60 untuk setiap joran.

"Pelbagai spesis ikan antaranya daun baru, bayan dan tetanda terdapat di pantai ini, jadi semua peserta berpeluang untuk bergelar juara," kata Mohd Zamri.

Menarik lagi, kira-kira 500 peserta yang mendaftar awal akan menerima baju-T daripada pihak penganjur manakala peserta bertuah pula berpeluang membawa pulang hadiah bonanza berupa dua buah televisyen bersaiz 42 inci.

katanya, Pantai Cahaya Negeri yang sinonim sebagai lokasi memancing diharap dapat menarik para pelancong domestik di samping membantu ekonomi penduduk tempatan terutamanya para peniaga yang boleh mengambil kesempatan menerima kehadiran para pemancing dari seluruh negara.



“Bagi melaksanakan acara ini, pihak penganjur telah menetapkan SOP pertandingan dengan mewajibkan semua peserta melakukan saringan suhu badan sebelum menyertai pertandingan. 

Bukan itu sahaja, peserta yang didapati mempunyai suhu badan melebihi 37.5 celsius juga tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan ini.

“Peserta juga hendaklah lengkap dua dos vaksin selain memakai pelitup muka serta mengimbas aplikasi MySejahtera selain menjaga jarak yang dibenarkan iaitu satu meter di antara satu sama lain.

"Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh menghubungi pihak urusetia melalui talian 013-2667011, 017-6805934 atau 012-2846811," katanya. - KitaReporters

16
17
0
17
0

Copy Link: