KEGAGALAN pemilik premis mengendalikan makanan mematuhi peraturan, tiada suntikan pelalian antitifoid dan gagal menghadiri Latihan Pengendali Makanan dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menyebabkan pihak berkuasa negeri ini mengarahkan lapan premis di dua daerah negeri ini diarah tutup. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan makanan:

https://kitareporters.com/search?search=makanan


Lapan premis makanan terbabit ialah di Kemaman dan Dungun diarah tutup selama 14 hari kerana beroperasi di bawah tahap penilaian ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Terengganu (JKNT).

Arahan penutupan itu dikeluarkan JKNT di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 melalui operasi bersepadu Premis Makanan Bersih yang diadakan selama dua hari berakhir pada 13 Ogos 2020 di Kemaman dan Dungun.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Terengganu (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Che Ghani Sidek berkata, premis itu akan dibenarkan dibuka semula selepas mematuhi arahan dikeluarkan pihaknya.

Dalam operasi yang  diadakan serentak di dua daerah tersebut, sebanyak 47 premis makanan diperiksa dan hasilnya 53 notis kesalahan dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Katanya, pihak JKNT memeriksa 264 pengendali makanan dan antara kesalahan utama dikesan adalah tiada suntikan pelalian antitifoid (antidemam kepialu) dan gagal menghadiri Latihan Pengendali Makanan dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

”Kesalahan-kesalahan lain yang dikesan adalah berkaitan pemakaian pengendali makanan yang tidak lengkap seperti tidak memakai apron, tidak memakai kasut dan memakai anting-anting semasa mengendalikan makanan,” katanya dalam satu kenyataan pada 13 Ogos 2020.

Beliau berkata, keadaan bahagian dapur salah sebuah premis makanan yang diperiksa dalam operasi serentak di Dungun dan Kemaman amat tidak  memuaskan.

Penguat kuasa JKNT memeriksa bahagiuan dapur sebuah premis perniagaan makanan


Dalam operasi itu, seramai 80 penguat kuasa kesihatan terlibat dalam operasi yang mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman dan Dungun serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). 

Katanya, operasi ini bertujuan memastikan premis makanan yang berniaga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Penguat kuasa JKNT menampal notis penutupan sebuah premis di daerah Kemaman


”Isu kebersihan premis makanan sering kali menjadi perhatian umum dan operasi ini dilaksanakan bagi melindungi kepentingan awam melalui aktiviti penguatkuasaan,” katanya. 

Che Ghani berkata, dalam operasi tersebut sebanyak 10 notis juga telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kesalahan gagal mematuhi syarat-syarat pelesenan PBT berkenaan. - KitaReporters

3
1
0
1
0

Copy Link: