Video| Syukur dapat majikan baik! Gadis kongsi dapat makanan percuma hari-hari! Ramai rasa cemburu!

Published by
KitaReporters


PERKONGSIAN video seorang gadis bahawa syarikat beliau menyediakan makanan untuk semua pekerja pada setiap hari dengan lauk yang berbeza telah menarik perhatian orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial bernama @ainfadzillah, beliau meluahkan rasa bersyukur dapat bekerja di syarikat yang mempunyai majikan prihatin.


Lagi



Bila syarikat sediakan makanan tengah hari setiap hari, suatu benda yang kena bersyukur.

“Jimat dari segi duit belanja bulanan. Lauk pun hari-hari bertukar dan sedap,” katanya dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial berasa ‘cemburu’ dengan gadis itu yang disediakan makanan tengah hari pada setiap hari selain dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan.



“Jarang-jarang dapat syarikat yang menjaga kebajikan pekerja, untung kamu dapat bekerja di situ” jelas @IraraDiandra.

“Seronoknya dapat makan percuma selalu,” ujar @Firdaus96817.

“Samala dengan tempat saya bekerja, syarikat saya pun begini kalau waktu rahat memang sudah tidak keluar. Lepas makan tidur sekejap berehat,” kongsi @hanabi.kagura. - KitaReporters


9
10
0
11
0

Copy Link: