Tahu tak? Pau Landak berinti nasi dagang, kacang, sekaya dan kelapa segera menjadi pilihan rakyat Terengganu terutama ketika bulan Ramadan.

Anak muda berusia 28 tahun Engku Adzhar Engku Mohamad Nor Azlan dari Kampung Banggul Pauh, Jalan Bukit Tok Beng, Kuala Nerus ini menghasilkan pau segera ini bagi memenuhi pengemar kuih.

Katanya Pau Landak yang dihasilkan ini agak rumit untuk menghasilkannya kerana perlu teliti ketika mengubahnya dan direka dengan bentuk yang unik dan tahan sehingga enam bulan jika disimpan sejuk beku.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan pau


Engku Azhar bersama ibunya Mazni Abdul Rahman

“Pau ini bukan sahaja ditempah untuk makanan harian tetapi juga mendapat tempahan bagi mereka yang menganjurkan majlis untuk dijadikan sebagai buah tangan kerana coraknya unik dengan gabungan warna yang menarik,” kata bapa kepada dua orang anak ini.

Engku Azhar menambah, idea untuk menghasilkan Pau Landak ini adalah dari ibunya Mazni Abdul Rahman yang merupakan pengasas produk Quzni. 

Anak empat daripada enam beradik ini mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan ini ketika mengikut ibunya menyertai booth-booth pameran yang ditawarkan oleh penganjur terutama di negeri ini.

Namun setelah sering mengikuti ibunya itu Engku Azhar mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam perniagaan ini secara serius dan sepenuh masa.


Pau Landak dihasilkan dengan teliti

Maka usaha untuk meluaskan perniagaan ini bermula dengan menghasilkan produk baharu walaupun masih berjenama pau tetapi bentuk dan isi pau itu ditambah.

Ketika itu katanya persaingan perniagaan kuih pau di negeri ini agak sengit disebabkan bilangan usahawan yang menceburkan dalam perniagaan ini terlalu ramai.

Setelah berbincang dengan ibunya maka Pau Landak dihasilkan dengan teknik menggunting yang teliti agak menampakkan bentuk landak agak kelihatan menarik bagi pelanggan yang melihatnya.


Engku Azhar ketika menyertai pameran berkaitan industri makanan

Moga hasrat pemuda ini menjadi usahawan yang berjaya dan membina rangkaian francais akan menjadi kenyataan dengan sokongan pinjaman dari mana-mana bank atau organisasi nanti kerana perbelanjaan menghasilkan produk ini memerlukan kos yang tinggi juga agar dapat memenuhi permintaan pelanggan bukan sahaja dari negeri ini malah dari seluruh Malaysia.

“Saya juga berterima kasih dan teruja dengan kehadiran Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan ke booth kami ketika mengambil bahagian semasa Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan komunikasi (ICMC) 2023 anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Kuala Terengganu pada 1 Mac 2023 lalu,” ujarnya ketika ditemui.

Ahli Usahawan Belia Sejahtera (U-BES 3.0) bimbingan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Negeri Terengganu dan Alumni Usahawan Agropreneur Muda MARDI 2022 (AGORA 30) ini juga bersedia menerima tempahan dan dijemput untuk membuka booth di mana-mana pameran yang akan dianjurkan nanti dengan menghubungi talian 0102458772. - KitaReporters


Ahmad Maslan turut melawat booth Engku Azhar

18
14
0
9
0

Copy Link: