Video| Perang Sambal Nyet! Khairulaming vs Khairi! Damian Mikhail pun tak terlepas kena tempiasnya!

Published by
KitaReporters



Tindakan penyanyi terkenal Damian Mikhail menyindir peminat pempengaruh terkenal Khairul Aming ditempelak oleh netizen sebaik dia membuat kicauan mempertahan dirinya dalam laman sosial X.

Katanya, dia sekadar bergurau, namun alasannya itu tidak diterima netizen yang menganggap Damian sengaja mencari publisiti murahan dengan menunggang isu tular membabitkan Khairulaming.



Terdahulu, Facebook Khairulaming Fans Club mengecam tindakan individu yang menciplak produk keluaran Khairulaming, Sambal Nyet Berapi.



Malah, pengeluar Sambal Nyet Khairi dalam satu ucapan turut berterima kasih kepada pembeli dan penyokong produk mereka ekoran mendapat sambutan luar biasa dalam platform jualan Shopee dan TikTok Shop.



Berikutan itu, Damian dalam ciapannya menyindir peminat Khairulaming selepas pempengaruh itu memuat naik video resipi ala Prosperity Burger McDonald's baru-baru ini.

Katanya, peminat Khairulaming marah apabila Sambal Nyet ditiru, namun berdiam diri apabila pempengaruh itu berbuat perkara sama.





Ciapan Damian itu menerima kecaman hebat daripada netizen yang menegaskan perkongsian resipi tidak sama dengan perbuatan meniru hasil titik peluh orang lain untuk dijual.



Sementara itu, Khairulaming memuat naik video dalam Instagram memaklumkan bahawa beliau sudah mengambil tindakan undang-undang berhubung isu Sambal Nyet keluarannya yang diciplak.

Tegasnya, sekiranya kesemua lapan tuntutan yang disenaraikan gagal dipenuhi, kes itu akan dibawa ke peringkat seterusnya. - KitaReporters


14
15
0
9
0

Copy Link: