Kredit foto: todayonline.com


PADA bulan Ramadan, sudah tentu perkara yang paling mendapat tumpuan ramai ialah bazar Ramadan. Ia telah menjadi 'acara wajib dan tahunan' kepada masyarakat kita. Sekiranya di sesetengah tempat itu tiada bazar Ramadan, ia seolah-olah tidak lengkap dan suram.

Pada masa inilah juga para peniaga dapat mengambil kesempatan untuk melariskan produk-produk mereka, terutama yang berupa juadah bagi persediaan berbuka puasa.

Pelbagai menu yang popular yang pasti ada di setiap Bazar Ramadan, antaranya ayam panggang, nasi kerabu, kuih muih, murtabak dan sebagainya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bazar Ramadan

Kredit foto: NST


Namun, dalam kesibukan kita semua memeriahkan bazar Ramadan dengan pelbagai cara dan kaedah, sejauh mana kita saling sedari menyedari akan hakikat keselamatan pemakanan yang disediakan setiap hari itu?

Apakah setiap satu makanan yang dijual tersebut sentiasa berkualiti, bersih dan selamat untuk dimakan?

Sekiranya sesuatu makanan itu tercemar atau tidak selamat, maka para pengguna berisiko menerima cirit birit dan ia boleh menyebabkan tahap kesihatan kendiri seseorang itu makin merosot.


Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sesuatu perlu dilakukan khususnya oleh para peniaga dan pihak berkuasa dalam menangani isu ini.

Sebagai contoh, para peniaga bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran agar dapat menyediakan juadah yang segar, bersih dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias meminta agar peniaga dan juga pembeli bersama-sama peka terhadap keselamatan makanan dan minuman khususnya sepanjang Ramadan ini.


Sumber : Jalaluddin Alias 


JALALUDDIN ALIAS


“Tidak dapat dinafikan, rata-rata juadah yang dijual di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan memang memiliki keenakan dan kualitinya yang tersendiri, sehinggakan ia mampu menggamit selera para pelancong antarabangsa untuk menikmatinya.

“Apatah lagi bagi makanan berisiko tinggi yang berasaskan santan, daging dan telur.

“Pada saya, penyediaan makanan melibatkan bahan-bahan sebegini perlu disediakan dengan sehabis baik dan tidak boleh ada sebarang proses ‘kitar semula’ makanan yang tidak habis dijual,” katanya dalam satu kenyataan dalam media sosial beliau.


Banyak makanan berisiko tinggi berasaskan berasaskan santan, daging dan telur.


Tambahnya lagi, para peniaga perlu menjaga kualiti makanan dan minuman yang dijual serta menjaga SOP bagi mereka yang datang membeli juadah di bazar Ramadan.

“Saya berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam Wilayah Persekutuan dapat meningkatkan kerjasama strategik dengan Jabatan Kesihatan untuk memastikan tiada sebarang pelanggaran disiplin ini dalam kalangan para peniaga kita di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Semoga kita semua dapat terus berhati-hati dan sentiasa peka dalam isu-isu melibatkan keselamatan pemakanan keluarga. - KitaReporters


Kredit foto: Taufulou.com

14
10
0
12
0

Copy Link: