Jangan buang air kecil sebarangan di laut! Lelaki mabuk maut diserang jerung! Ketika kencing!

Published by
KitaReporters

MARCELO Rocha Santos yang putus tangan kanan serta luka di kaki serta pehanya terbaring di tepi pantai dalam keadaan tidak sedar diri selepas diselamatkan daripada serangan seekor jerung. - Kredit foto: The Sun


NIAT di hati hendak membuang air kecil di laut tapi tidak sangka pula tindakan lelaki yang berumur 51 tahun itu mengundang maut apabila mangsa diserang oleh seekor ikan jerung sehingga tangannya putus ketika dia sedang membuang air kecil di dalam air laut. 

Dalam kejadian, yang dilaporkan berlaku di Pantai Piedade di Jaboatao Dos Guararapes, sebuah kota di timur negara Brazil, pada kira-kira pukul 2 petang, 11 Julai 2021 lalu itu, Marcelo Rocha Santos dikatakan turun ke tepi pantai mengharungi air dalam semata-mata untuk membuang air kecil.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Brazil

MARCELO ROCHA SANTOS. - Kredit foto: The Sun


Dipetik laporan The Sun pada 14 Julai 2021 lalu berkata, cuaca ketika itu mendung berserta ombak besar dan Marcelo dalam keadaan mabuk mengharungi air laut sehingga ke paras pinggangnya untuk buang air kecil.

``Tiba-tiba Marcelo diserang oleh seekor jerung yang tidak pasti ikan itu datang dari arah mana tetapi ia berada di dalam air dan mangsa dikatakan bergelut dengan ikan yang ganas itu di dalam air laut menyebabkan tangan kanan mangsa putus serta kaki dan pehanya luka akibat gigitan haiwan itu.

``Sebelum itu, Marcelo dikatakan sedang minum minuman keras bersama beberapa rakan dan mangsa turun bersendirian ke tepi pantai kerana hendak membuang air kecil di dalam air laut,’’ kata The Sun.

Marcelo terpaksa berbuat demikian kerana tiada tandas yang disediakan untuk para pengunjung pantai di situ.


GAMBAR hiasan... Kemungkinan ikan jerung dari spesis ini yang menyerang Marcelo Rocha Santos semasa mangsa membuang air kecil di laut. 


Kejadian itu dilihat oleh seorang pengunjung, Edriano Gomes yang berada tidak jauh dari tempat kejadian tersebut dan pengunjung terbabit melihat Marcelo bergelut dengan ikan jerung yang besar serta ganas itu.

Edriano tidak mampu berbuat apa-apa hanya sekadar melihat kejadian itu dari jauh.

Lelaki itu diselamatkan dalam keadaan tidak sedar diri dan mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di Recife.

Akibat pergelutan itu, air laut yang berada sekitar lokasi berkenaan kelihatan berwarna merah kerana darah yang banyak keluar dari tangan mangsa. 

Sebelum insiden berdarah itu, dilaporkan sebanyak 12 kes serangan ikan jerung berlaku di kawasan pantai tersebut yang dipercayai terdapat terumbu karang yang menjadi tumpuan ikan-ikan. - KitaReporters


 

1
5
0
0
0

Copy Link: