LEBIH seratus peniaga kecil di Pasar Pagi, Pasar Pekan Rabu dan Pasar Pekan Sehari di pekan Baling kini bimbang mereka akan menjadi mangsa dahan pokok besar di kawasan mereka mencari rezeki jika patah dan runtuh.

Kebimbangan itu berikutan keadaan cuaca kini tidak menentu dengan angin yang kuat dan hujan yang lebat kerap berlaku setiap minggu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pokok-pokok

Lebih 100 peniaga di kawasan Pasar Pagi, Pasar Pekan Rabu dan Pasar Pekan Sehari di pekan Baling bimbang kemungkinan ahan-dahan pokok akan patah dan runtuh di atas bumbung gerai mereka jika berlaku angin kuat dan hujan lebat ketika mereka sedang berniaga.


Lebih 100 peniaga sejak beberapa lama berniaga di bawah pohon-pohon yang kini semakin membesar dan tinggi yang terdapat di kawasan itu.

Seminggu lalu, berlaku dahan daripada sebatang pokok patah ketika angin kuat dan nyaris menimpa pengunjung pasar malam di situ.

Berikutan itu peniaga-peniaga terbabit mahu pihak Majlis Daerah Baling segera melakukan pemotongan dahan-dahan pokok yang membahayakan keselamatan peniaga dan pengunjung.



Beberapa orang peniaga yang ditemui Portal KitaReporters mahu pihak Majlis Daerah Baling melakukan segera pencantasan dahan-dahan pokok yang berbahaya itu sebelum sesuatu kejadian tidak diingini berlaku.

Seorang peniaga Abd Manaf Osman, 55, merayu pihak Majlis Daerah Baling bertindak awal sebelum kejadian buruk seperti dahan pokok patah dan menimpa gerai jualan atau menimpa pelanggan yang sentiasa ramai di kawasan itu.

Seorang lagi peniaga, Azmi Osman 53, memberitahu KitaReporters peniaga-peniaga sudah berulang kali membuat rayuan namun tiada tindakan sehingga ke hari ini.

Kawasan tersebut beroperasi untuk berniaga pada hari Sabtu, Ahad dan Rabu. - KitaReporters


9
10
0
16
0

Copy Link: