Korang percaya tak? Dengan hanya menggunakan sebuah telefon bimbit korang dah boleh menghasilkan sebuah video pendek berkualiti dalam durasi 5 hingga 10 minit sahaja. Jika masih ragu-ragu, ini buktinya. : KitarReporters.com


Huawei Malaysia telah pun memperlihatkan 5 rakaman filem pendek yang dihasilkan dengan hanya menggunakan telefon bimbit siri Huawei Mate 30 Pro oleh lima pengarah terkenal - Jess Teong, Tuan Faisal, Nik Amir, Kroll Azry dan Gavin Yap.

Kesemua filem pendek tersebut ditayangkan sempena  majlis pelancaran ‘Huawei Filem Awards’ (Anugerah Filem Huawei) anjuran Huawei Malaysia dengan kerjasama Media Prima Berhad dan juga Primeworks Studios Sdn Bhd pada 18 Disember 2019 lalu.

“Melalui karya kelima-lima pengarah tersebut ia boleh dilihat sebagai satu contoh bagaimana sebuah filem pendek mampu dihasilkan hanya melalui telefon pintar Huawei Mate 30 Pro,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar ketika diwawancara.

Menurut beliau, jika mereka boleh melakukannya, sudah tentu orang lain pun mampu menyahut cabaran untuk menghasilkan sebuah filem pendek berkualiti.

“Ini juga satu peluang bagi pengkarya muda untuk memperlihatkan bakat kreativiti masing-masing dan menjadi platform bagi pihak kami juga  agar dapat berkolaborasi dengan mereka pada masa hadapan,” ujar Ahmad Idzham.

Kelima-lima pengarah tadi hanya memberi ‘teaser‘ ataupun contoh apa yang boleh dilakukan dengan telefon pintar Huawei Mate 30 Pro sebagai cabaran kepada pembikin filem di luar sana, jika mereka boleh lakukannya, orang lain pun boleh. Anggaplah ia sebagai ‘benchmark‘, tambah Idzham.

Dari kiri - Alex Lin, Jess Teong, Kroll Azry, Gavin Yap, Tuan Faisal, Nik Amir dan Ahmad Idzham di majlis pelancaran Anugerah Filem Huawei 2019 di GSC Pavilion baru-baru ini.


"Kami di Huawei sangat percaya melalui Anugerah Filem Huawei, kami membuka jalan bagi pembuat filem, pencipta kandungan dan pengarah filem profesional sekali pun untuk mempersembahkan  kreativiti mereka melalui cerita-cerita yang ditapis menggunakan Huawei Mate 30 Pro,” ujar Alex Lin selaku Presiden Huawei APAC Kumpulan Perniagaan Konsumer.

Alex  berharap penganjuran anugerah itu dapat dijadikan platform untuk meningkatkan kerjasama antara pembuat filem tempatan, pencipta kandungan dan bakat, menggalakkan mereka untuk berkongsi pengetahuan penggambaran baru, mempamerkan kemahiran pintar-sinematografi dan mendapat pengiktirafan pada peringkat kebangsaan dan serantau.

Menurutnya, matlamat penganjuran anugerah bertujuan menggalakkan pencipta filem meneroka kandungan tempatan secara lebih kreatif dan artistik melalui kanta telefon pintar.

“Karya daripada kelima-lima pengarah yang kami pertontonkan adalah contoh terbaik apa yang boleh dilakukan dengan telefon pintar Huawei Mate 30 Pro,” tambah Alex.


Ya… jika korang ingin memenangi hadiah wang tunai AS$20,000 hanya dengan merakamkan cerita melalui telefon bimbit berjenama Huawei bolehlah sahut cabaran untuk menyertai pertandingan ‘Huawei Film Awards’ yang kini sudah pun dibuka penyertaannya.

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat sama ada orang awam, pelajar mahu pun karyawan amatur dan profesional sekali pun, mereka boleh mencuba nasib dengan merakam karya bertemakan “Empowering Your Possibilities” (Memperkasakan Kemungkinan Anda).

Mereka yang berminat mempunyai dua pilihan sama ada:

  • Merakamkan video panjang dalam durasi antara 5 hingga 10 minit dengan tema "Empowering Your Possibilities ATAU
  • Merakamkan video yang lebih pendek dalam durasi kurang daripada 5 minit mengenai apa sahaja cerita pilihan masing-masing.

  • Semua penyertaan menggunakan sebarang model telefon pintar Huawei 
  • Perlu dihantar ke https://consumer.huawei.com/my/campaign/film-awards/submission/ selewat-lewatnya 11.59 malam pada 25 Februari 2020.


Huawei Film Awards akan dibawa ke peringkat Festival Asia Pasifik dengan pembukaan penyertaan dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan juga Filipina.

Pemenang utama anugerah ‘APAC Best Film’ dalam festival itu akan membawa pulang hadiah wang tunai AS$20,000 (kira-kira RM82,852) yang dinilai oleh barisan juri profesional terdiri daripada pengarah terkenal seperti Adele Lim, Chris Humphrey, Prabda Yoon dan Rajay Singh termasuk Alex Lin.

Selain hadiah utama, peserta juga berpeluang memenangi anugerah pada beberapa kategori lain seperti Pengarah Terbaik APAC, Sinematografi Terbaik APAC, Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik APAC dan Filem Terbaik Tahap Negara.

Pemenang untuk semua kategori berkenaan akan menerima piala dan sijil, manakala pemenang Filem Terbaik Tahap Negara di Malaysia akan dihadiahkan oleh Huawei Mate 30 Pro.

Apa pun, untuk terma dan syarat penuh serta bagaimana untuk mengambil bahagian, lawati laman web Anugerah Filem HUAWEI rasmi di: https: //consumer.huawei.com/my/campaign/film-awards/

Jika mahu info lanjut boleh layari https://conumer.HUAWEI.com atau  kunjungi laman facebook di www.facebook.com/HUAWEIMobileMY.

Jadi apa tunggu lagu, jom tunjukkan bakat terpendam anda! 

Mana tahu tuah menanti anda untuk tahun 2020 nanti. Good Luck! - KitaReporters.com

1
0
0
0
0

Copy Link: