TIDAK ada alasan kepada sesiapa sahaja untuk melakukan senaman bagi membuang kalori dan kekal cergas serta sihat terutama ketika duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti disebabkan terkurung berikutan patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat virus COVID-19 sejak 18 April 2020. Kita perkenalkan D'Aora Fitness Center. : KitaReporters 

Team D'Aora Fitness Center sedia bantu ahli bersenam secara LIve di Facebook (Gambar sebelum PKP)


Kecangihan teknologi masa kini membolehkan pusat kecergasan D’Aora Fitness Center dari Jertih, Terengganu, meneruskan aktiviti senamrobik meskipun masih dalan PKP, tetapi dalam keadaan berbeza dari biasa kerana tidak boleh berkumpul dalam kelas secara beramai-ramai. 

Jika sebelum ini jurulatih melakukan gerak geri dalam kelas dan diikuti oleh peserta, namun keadaan itu tidak boleh lagi dilakukan dan terpaksa menggunakan kaedah lain yang sesuai demi untuk meningkatkan lagi kecergasan diri ketika berada di rumah masing-masing. 

Pengasas D’Aora Fitness Center, Fanora Mat 



Pengasas D’Aora Fitness Center, Fanora Mat, 48, menggunakan kemahiran Teknologi Maklumat (IT) yang dimilikinya bagi mengadakan aktiviti kecergasan secara “live” menerusi Facebook khusus untuk peserta kelas yang dimiliki beliau di seluruh negara. 

Katanya, dengan adanya kecanggihan zaman IT sekarang, tanpa mengira jarak, pusat kecergasannya masih lagi meneruskan aktiviti senamrobik dan kecergasan dari jarak jauh tanpa jemu pada setiap hari sejak  PKP dilaksanakan oleh kerajaan.

Poster D’Aora Fitness Center yang memaklumkan aktiviti senamrobik dalam tempoh PKP dan Ramadan


Malah, sepanjang Ramadan juga pihaknya tetap melakukan aktiviti itu selama satu jam mulai Ahad hingga Khamis bermula jam 5 petang hingga 6 petang. 

Katanya,, kelas yang beroperasi di studio berhampiran rumahnya di Kampung Alur Lintang, Besut mula beroperasi pada minggu kedua PKP selepas diminta oleh peserta kerana masing-masing terperap dalam rumah dan tiada aktiviti yang boleh dilakukan. 

Cikgu Fanora beraksi di studio dan menyiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook miliknya


"D'Aora Fitness Centre yang kini mempunyai 12 cawangan di seluruh negara iaitu Kelantan, Terengganu dan Johor," kata Fanora.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Fanora  merupakan lulusan Diploma Kejurulatihan Sukan Antarabangsa dan Pendidikan Kecergasan dari United State Sport Academy (USSA)

Dia juga merupakan seorang Personal Trainer dan jurulatih kecergasan yang berdaftar di bawah American fitness Association ( AFFA)

Peserta dari Bangi, Selangor antara pengikut kelas secara langsung (live0 yang dikendalikan oleh D'Aora  Fitness Center 


“Di atas permintaan ramai wanita yang mahu menjaga kecergasan dan berat badan sepanjang PKP, maka D’Aora Fitness mengambil langkah proaktif mengadakan modul senaman khusus untuk diajar secara online (dalam talian).

"Ini membolehkan kami  kekal fokus untuk membantu masyarakat kekal aktif serta dapat membantu mengawal kenaikan berat badan tercapai.

"Kelas 'workout at home' (bersenam di rumah) diikuti oleh peminat kecergasan dari seluruh negara,” katanya.

 Pengikutnya memuat turun pujian kepada usaha dilakukan Cikgu Fanora


Cikgu Fanora yang berpengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kecergasan sentiasa aktif menggerakkan program kecergasan di daerah Besut khasnya dan seluruh Malaysia amnya.

Senamrobik berirama Bolywood yang dipersembahan sebelum PKP dilaksanakan telah menarik perhatian ramai peserta.


Katanya, ketika ini, ada 100 pengikut kelas miliknya mengikuti secara langsung menerusi Facebook group miliknya pada setiap kali ia dilakukan.

Beliau berkata, di dalam studio miliknya dibekalkan pelbagai kelengkapan penyiaran termasuk layar, laptop, telefon pintar dan sistem muzik.

Manakala ahli yang berada di rumah masing-masing  pula ada yang menggunakan layar, televisyen, laptop atau telefon bimbit. 

“Agak menarik wanita warga emas yang dipanggilnya “Tokmi”  pun berjaya menurun berat badan pada tahap  21 kilogram,” katanya. - KitaReporters 

Sebahagian lagi aksi Cikgu Fanora ketika membuat senamrobik secara live untuk ahlinya di seluruh negara pada tempoh PKP ini.


17
5
0
0
0

Copy Link: