Di Malaysia, bah air merah! Di wilayah Pattani, Thailand ada banjir air biru! Tapi betul ke?

Published by
KitaReporters

BANJIR air biru yang didakwa melanda Wilayah Pattani, selatan Thailand sememangnya aneh dan menarik perhatian orang ramai kerana airnya juga jernih menyebabkan ia kini menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat terutama netizen. Jika ia benar-benar berlaku di wilayah tersebut ia sesuatu yang amat luar biasa. : KitaReporters


Banjir air biru di Wilayah Pattani, Thailand. - Kredit gambar-gambar: Facebook Terengganu Today


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan banjir:

https://kitareporters.com/search?search=banjir


Ini kerana pada kebiasaanya air bah (banjir) memang keruh dan berlumpur, malah ada yang memanggil "bah merah", dan agak jarang ditemukan banjir air biru seolah-olah air laut 

Apa pun apabila gambar-gambar keadaan banjir di Pattani tersebut banyak tular dalam media sosial sama ada ia benar atau sudah diedit malah ramai yang percaya dan ada juga yang tidak pasti dengan ketulinan gambar tersebut.

“Keadaan 'banjir' di Pattani, Thailand. Sungguh jernih air die tuu. Kalu gini la keadaan air banjir. Banjir sokmo Dkpe,” itu antara tajuk yang dimuat dalam Facebook Terengganu Today.

Cantik bah air biru yang berlaku di Wilayah Pattani,Thailand


Manakala Facebook Viral Media Johor pula menulis tajuk “Keadaan banjir di Pattani, Thailand, sungguh jernih air die tuu.. Real ke Edit Nie Ekk.. Cer Korang Sahkan.”


Facebook Viral Media Johor


Anehnya kedua-dua media sosial yang melaporkan kejadian bah air biru tersebut memaparkan gambar-gambar yang hampir sama.

Berikutan itu, ratusan ribu pengguna Facebook memberi perhatian dengan kejadian bah air biru tersebut menerusi tanda suka, komen dan berkongsi halaman.


Facebook Terengganu Today


Sebenarnya, mengikut sejarah ketika belum wujudnya Malaysia dan negara ini dikenali dengan Tanah Melayu, negeri Kelantan dan Terengganu, mencatat sejarah apabila dilanda bah besar kali pertama pada Disember 1926 yang dikenali “Bah Merah” menyebabkan ramai yang menderita.

Banjir terbesar di Tanah Melayu dikenali Bah Merah di Kelantan dan Terengganu pada Disember 1926


Bagaimanapun, banjir air biru yang dikatakan berlaku di Pattani tidak dapat dipastikan, tetapi jika ia tidak berlaku ia sememangnya ada bijak pandai yang edit ia juga satu kreativiti menarik pada era teknologi moden.

Seorang wanita Pattani bergambar berlatarbelakangkan bah air biru.


Sebenarnya banjir buruk memang berlaku pada 10 Januari 2021 susulan hujan lebat di empat wilayah di selatan Thailand -Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla telah mengorbankan tiga nyawa dan menjejaskan hampir 60,000 keluarga.

Menurut laporan Bernama, Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan telah menyebabkan 58,497 keluarga di 32 daerah dilanda banjir.

“Sehingga hari ini, tiga dilaporkan maut manakala  seorang lagi dilaporkan hilang,” katanya. 


Sampan menggantikan kenderan bermotor ketika banjir di Patatani, Thailand.


Narathiwat merupakan wilayah paling teruk terjejas di mana 448 kampung dilanda banjir dan lebih 25,211 keluarga terjejas, manakala Yala (15,229 keluarga), Pattani (10,508  keluarga) dan Songkhla (7,549 keluarga). 

Di Pattani, beberapa kawasan rendah ditenggelami air berikutan fenomena air pasang dan pelepasan air dari Empangan Bang Lang di Yala.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di bandar Pattani telah dinaiki air dan pihak berkuasa tempatan sedang mempergiatkan usaha untuk mengepam air untuk mengeluarkan air banjir yang bertakung.

Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan mengumumkan untuk melepaskan air di Empangan Bang Lang bagi mengekalkan paras air empangan yang selamat. 

Nampaknya dilanda bah bukan masalahnya, warna air bah yang lebih banyak diperkatakan. - KitaReporters


Seorang Mek Siam sempat berswafoto ketika banjir melanda Pattani, Selatan Thailand

2
11
0
3
5

Copy Link: