Bahaya ni! ini bukan koleksi mainan! Netizen risau! Rekaan comel vape pengaruh kanak-kanak, remaja!

Published by
KitaReporters


RAMAI antara kita yang mengetahui bahawa vape ialah rokok elektronik yang mempunyai pelbagai jenis bentuk bagi menarik perhatian pembelinya dengan pelbagai perisa yang sangat unik.

Tetapi, baru-baru ini telah tular dalam TikTok apabila di pasaran sekarang terdapat penjualan vape yang sangat comel seperti koleksi permainan. 


Lagi cerita-cerita prihatin berkaitan rokok elektronik atau vape


Oleh sebab reka bentuknya yang sangat comel ini membuatkan ramai orang sibuk mencari rekaan ini untuk dibeli dan dijadikan sebagai koleksi.

Ini membuatkan masyarakat di luar sana meluahkan perasaan tidak bersetuju dengan penjualan vape yang mempunyai rekaan yang unik ini kerana bimbang mempengaruhi ramai orang termasuk remaja dan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, remaja dan kanak-kanak akan membelinya lalu mencuba menghisap vape. 

Netizen juga berpendapat kini ada pelajar sekolah tanpa rasa segan silu atau bersalah sudah mula menghisap vape walaupun ia satu tindakan yang salah dari segi undang-undang.


6
7
0
15
0

Copy Link: