Lain daripada lain! Ingatkan manusia yang menetap dalam rumah agam! Tapi lembu rupanya! Lembu lumba!

Published by
KitaReporters


JIKA melihat pada rumah agam di tepi jalan pasti anda tertanya-tanya agak-agaknya siapalah tuan yang menetap di rumah ini kerana ianya sangat besar dan luas.

Di Madura, Indonesia, sebuah rumah agam yang tesergam indah ini dihuni oleh lembu dan sangat di luar jangkaan masyarakat setempat tular dalam sebuah video TikTok.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lembu-lembu


Dipetik dari Tribun News, rumah ini telah didiami beberapa ekor lembu lumba yang dibela oleh tuannya yang mencecah berbillion-bilion Rupiah.

Ini kerana lembu-lembu tersebut dijaga dengan penuh kasih sayang supaya menjadi lembu yang menjadi permintaaan tinggi di luar sana.

“Ada lembu itu pernah menjadi juara beberapa kali sehingga memberi pemiliknya peluang mendapat hadiah kereta,” katanya.



Bukan itu sahaja, individu tersebut juga dikatakan memberi pesanan agar kita semua merendah diri kerana tidak semua orang dimurahkan rezeki untuk menetap di rumah agam tetapi lembu juga boleh.

Rata-rata netizen yang melihat video TikTok ini memuji sikap pemilik lembu ini yang menjaga lembu dengan cara yang sangat unik dan berbeza. - KitaReporters


15
8
0
11
0

Copy Link: