Kalbar si tikus Belanda dah pergi selama-lamanya! Tuan dia sedih! Telah berusaha bantu sembuhkannya!

Published by
KitaReporters


Bagi pengguna Tiktok, pasti menggenali @at_bie yang cukup popular dengan haiwan peliharaan beliau iaitu guinea pig atau tikus Belanda yang bernama Kalbar. Dengan telatah mereka berdua, ia telah menceriakan pada pengguna media sosial itu melihat telatah kedua-duanya terutama mereka yang pencinta haiwan.

Namun berita sedih buat peminat Kalbar apabila haiwan tersebut telah disahkan mati pada 15 Ogos 2023 ketika sesi siaran langsung dalam TikTok tuannya. 




Maklumat daripada tuannya menyatakan Kalbar sebenarnya telah sakit dan beliau telah berusaha untuk mencari ikhtiar agar haiwan tersebut sembuh namun akur apabila tidak dapat diselamatkan. Beliau turut tidak dapat tidur malam ketika memikirkan kesihatan Kalbar. 

Kalbar sebelum ini pernah viral dengan telatah bersama tuannya bukan sahaja di Malaysia malahan ia mendapatkan perhatian hingga ke luar negara . 

Banyak perkongsian tip dari beliau berkenaan bagaimana ingin menjaga haiwan tersebut dan cara untuk menguruskan haiwan tikus Belanda ini.

Video perkongsian dalam Tiktok miliknya itu telah mendapat ratusan ribu sehingga mencecah jutaan tontonan dan ini membuktikan mereka mempunyai peminat tegar yang sentiasa ternanti-nantikan video mereka. - KitaReporters


9
8
0
15
0

Copy Link: