SELEPAS mengalami bencana banjir pada November dan Disember 2020, menjelang tahun baharu 2021 penduduk Terengganu dikejutkan pula dengan fenomena air pasang besar menyebabkan mereka yang tinggal di pesisiran pantai di lima daerah di negeri tersebut terjejas akibat kejadian berkenaan. : KItaReporters


ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman meninjau sebuah rumah yang dimasuki air laut akibat ombak besar


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Kuala Besut:

https://kitareporters.com/search?search=kuala+besut


Dalam kejadian pada malam Khamis 31 Disember 2020, penduduk di kawasan yang dilanda musibah tersebut terpaksa berpindah akibat rumah dimasuki air, manakala di beberapa kawasan lain ombak besar membadai pantai menyebabkan keadaan jalan raya turut dinaiki air.

Sekurang-kurangnya lima daerah termasuk Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman terjejas dengan kejadian awal tahun ini yang disebabkan oleh ombak besar dan disertai angin kencang melanda kawasan tersebut.


Tengku Zaihan membantu enduduk yang tinggal di tepi pantai Kuala Besut  mengangkut barang-barang akibat rumah mereka di badai ombak besar pada malam 31 Disember 2020.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, turut meninjau kerja-kerja pemindahan penduduk empat kampung iaitu Pachakan, Kampung Teluk Bayu, Kampung Pantai dan Kampung Pengkalan Atap yang terbabit dalam kejadian ombak besar lewat malam tadi, Khamis 31 Disember 2020.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, kesan fenomena itu menyebabkan 36 mangsa daripada sembilan keluarga di Kuala Besut dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Pantai akibat kediaman mereka dinaiki air.


Kenyataan JKR Terengganu mengenai penutupan Jalan Pantai


Katanya, fenomena air pasang tinggi menyebabkan sehingga ke atas jalan raya dan turut membadai kawasan kediaman. Ia turut menyebabkan sebuah keluarga di Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

Beliau berkata, limpahan air laut turut berlaku di Pantai Teluk Lipat, Dungun serta jalan utama di pantai Seberang Takir yang membawa sebahagian sampah sarap, pasir dan batu kecil.



"Bagaimanapun, tiada kerosakan struktur dilaporkan berlaku setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.1 Januari 2021.

Che Adam berkata, air pasang besar setinggi 2.5 hingga 2.70 meter serta angin kencang bertiup antara 40 hingga 50 kilometer (km) sejam dijangka berlarutan sehingga 6 Januari 2021.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya telah meminta kerjasama pihak polis untuk mengawasi kawasan berisiko termasuk menutup sebahagian jalan di pantai Seberang Takir daripada dikunjungi ramai.


Kerja-kerja pembersihan timbunan sampah sarap Jalan Pantai sedang dilakukan oleh pihak JKR Terengganu


Berikutan kejadian itu, ramai yang datang ke pantai Seberang Takir untuk melihat keadaan di situ. Pihak sekretariat bencana serta pihak polis memantau keadaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Dalam perkembangan berkaitan, jalan pesisir pantai Seberang Takir dari arah pantai Teluk Ketapang ke jambatan angkat ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula hari ini, 1 Januari 2021 hingga Ahad, 3 Januari 2021.


JKR Terengganu mengambil tindakan menutup laluan Jalan Pantai di Kampung Seberang Takir menuju Kuala Terengganu.


Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu dalam satu kenyataan hari ini, 1 Disember 2021 memaklumkan penutupan sementara sebahagian laluan tersebut adalah bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya berikutan berlaku limpahan ombak serta sampah-sarap di lokasi tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, kerja-kerja pembersihan jalan akan segera dilakukan dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengambil jalan alternatif melalui laluan jalan Seberang Takir. 

"Papan tanda amaran dan pemberitahuan telah pun dipasang dan orang ramai diminta mematuhi arahan tersebut," menurut kenyataan itu. - KitaReporters


Sebuah rumah di Kuala Besut dinaiki air akibat ombak besar

 

2
2
8
1
2

Copy Link: