DALAM suasana penularan wabak penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19 yang semakin meningkat jumlah pesakit serta menghantui kita semua, timbul pertanyaan tentang penggunaan sabun tangan atau sanitizer. Mana yang lebih baik? : KitaReporters

Guna sabun atau sanitizer?? Tak kisah kerana yang penting jaga kebersihan diri!! Kerana sabun lebih mudah didapati dan murah, maka gunalah sabun.


Menurut pakar penjagaan kesihatan umum Pusat Perubatan Universiti Pittsburgh, Amerika Syarikat, secara umum kedua-dua produk tersebut pada asasnya boleh mencegah kehadiran mikrob seni yang tidak boleh dilihat mata kasar pada tubuh badan manusia.

Lazimnya, sabun tangan atau apa sahaja jenis sabun lebih bersifat membersih dan menyucikan kekotoran daripada terkena kesan minyak, gris, sisa makanan dan lain-lain.

Cuma bezanya, sanitizer mengandungi alkohol antara 60 peratus hingga 95 peratus dan ia pula bertindak sebagai pembasmi kuman atau mikrob seperti bakteria dan virus.

Dalam kes Covid-19, menurut kajian pakar biokimia sebuah Universiti Minnesota Duluth, Amerika Syarikat, virus korona memiliki molekul yang berlemak atau disaluti protein dan lipid yang membolehkan ia hidup kebal dan sukar dibunuh atau dihapuskan.

Justeru itu, ketika ini kaedah cucian menggunakan sabun dan air atau sanitizer adalah langkah pertama menghalang dari merebaknya virus tersebut.

Sebagaimana yang diketahui ramai, sabun yang paling mudah dan praktikal kerana ia juga bertindak sebagai agen pelarut lemak protein serta bersifat pencuci sebelum adanya penawar vaksin baharu.

Perlu diingat, tidak semua jenis kuman boleh dihapuskan atau dimatikan dengan menggunakan sanitizer seperti Cryptosporidium, Norovirus dan Clostridium difficile.

Kesimpulan pada kemelut penyakit viral ini ialah kita digalakkan mengamalkan kebersihan sepanjang masa, sama ada kita dilanda wabak penyakit atau tidak. - KitaReporters

7 langkah mencuci tangan

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)

1
0
0
0
0

Copy Link: