Berita Terkini| Sajat ada di Johor Bahru? Duduk di kondo mewah? Netizen siasat gambar, video!

Published by
KitaReporters

Gambar tular dalam laman sosial yang mendakwa Nur Sajat kini berada di Johor Bahru, Johor


Usahawan kosmetik kontroversi yang sedang diburu oleh polis, Nur Sajat, 36, dipercayai berada di Bandar Raya Johor Bahru dan menetap di sebuah kondominium mewah bersama pekerjanya.

Dakwaan keberadaan Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman diperkatakan netizen berdasarkan gambar dikongsikannya dalam laman sosial Instagram pada 22 Mei 2021.

Berdasarkan gambar tersebut ia memaparkan lokasi Nur Sajat berada di Pusat Komersial Bandar Baru Uda, Johor Bharu dan ‘kewujudan’ usahawan kosmetik berkenaan juga turut menjadi tular dalam Facebook.

Selain itu, seorang netizen turut mendakwa Nur Sajat dipercayai menetap di sebuah kondominium mewah bersama pekerjanya.

“Semua ini hasil pemerhatian terhadap latar belakang video TikTok Nur Sajat yang menyamai reka bentuk kondominium mewah berada di Johor Bharu,” katanya seperti dilaporkan oleh Sinar Harian, 23 Mei 2021.

Sementara itu, pada 26 April 2021 lalu, polis memaklumkan Nur Sajat dipercayai berada di luar negara dan terdahulu Nur Sajat bersembunyi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Waran tangkap tersebut dikeluarkan ekoran Nur Sajat gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari 2021 lalu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

3
2
0
2
1

Copy Link: