Berita Terkini| Semua sekolah di Selangor tutup bermula Khamis 6 Mei! Sehingga cuti Aidilfitri!

Published by
KitaReporters

PENUTUPAN sekolah dibuat selepas mengambil kira sesi persekolahan secara bersemuka hanya berbaki dua hari iaitu 6 dan 7 Mei. - Kredit foto: Bernama


SEMUA sekolah di Selangor ditutup mulai esok, Khamis, 6 Mei 2021 dan arahan penutupan diteruskan sehingga cuti Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Izmi Ismail dalam satu pekeliling yang dikeluarkan berkata, penutupan sekolah dibuat selepas mengambil kira sesi persekolahan secara bersemuka hanya berbaki dua hari iaitu 6 dan 7 Mei.

"Pergerakan pulang murid asrama sempena cuti Aidilfitri 2021 seperti dijadualkan pihak sekolah.

"Bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa atau penjaga, sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang ditetapkan," katanya menerusi satu salinan surat kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah di Selangor yang dikeluarkan pada Rabu, 5 Mei 2021.

Izmi berkata, Pejabat Pendidikan Daerah perlu memastikan guru dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.

Bermula esok, enam daripada sembilan daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 17 Mei 2021 ini.

Pada 4 Mei 2021, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, membuat pengumuman pelaksanaan PKP yang membabitkan enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang yang mencatatkan peningkatan kes Covid-19.

Tiga daerah lagi iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebelum ini, beberapa sekolah di Selangor sudah diarah tutup susulan peningkatan kes Covid-19, selain terdapat laporan berlaku jangkitan di semua sekolah terbabit.

Sehingga  Selasa, 4 Mei 2021 Selangor terus mencatatkan peningkatan dengan 675 kes baharu, dan enam daerah di negeri itu diletakkan bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuat kuasa esok, 6 Mei hingga 17 Mei 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

1
0
0
0
1

Copy Link: