KETIKA orang ramai  di Terengganu sedang  berhadapan dengan penularan COVID-19, tidak ramai pun dalam kalangan rakyat negeri ini yang mengambil tahu satu lagi wabak yang juga dianggap berbahaya sedang berada disekeliling mereka. Wabak itu tak lain tak bukan ialah penyakit demam denggi!! : KitaReporters

Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) melakukan pemeriksaan air bertakung di rumah penduduk


Lagi cerita-cerita berkaitan demam denggi:

https://kitareporters.com/search?search=denggi


Kes denggi yang sudah lama merebak di negeri ini tidak diambil peduli oleh masyarakat sedangkan wabak berkenaan dilaporkan sering meningkat dari masa ke semasa. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, situasi semasa kes denggi yang dilaporkan di Negeri Terengganu berlaku peningkatan kes pada Minggu 41 (4 Oktober 2020 sehingga 10 Oktober 2020) berbanding minggu sebelumnya. Namun, katanya, tiada wabak aktif dilaporkan pada Ahad, 11 Oktober 2020. 

Sehubungan itu, Dr Nor Azimi menggesa pendududk memastikan persekitaran rumah masing-masing bersih untuk mengelakkan pembiakan Aedes dan segera dapatkan rawatan jika mengalami gejala demam denggi. 

Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus


Katanya, pada tahun 2020 ini, 342 kes dilaporkan berlaku di negeri ini namun tiada kes kematian, berbanding 489 kes pada 2019 dengan dua kematian.

Beliau berkata, berbanding COVID-19, kes denggi di negeri ini dilaporkan berlaku yang membabitkan semua lapan daerah.

Dr Nor Aini berkata, mengikut rekod daerah Kuala Terengganu mencatat kes tertinggi iaitu 192 kes, Kuala Nerus (48), Kemaman (26), Besut (24), Dungun (23).Marang (15), Hulu Terengganu (9) dan Setiu (5).

Status kes denggi di Terengganu pada 10 Oktober 2020

Katanya, pada 2019, kes denggi di Terengganu mencacatkan 489 kes dengan dua kematian.

Seterusnya, Dr Nor Azimi meminta masyarakat mencari dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes, termasuk bekas takungan air di dalam dan di luar rumah serta melakukan semburan untuk membunuh nyamuk terutama pada awal pagi dan lewat petang.

“Disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuat kuasa, masyarakat diminta mengurangkan aktiviti di luar rumah ketika awal pagi dan lewat petang selain menutup tingkap serta pintu rumah menjelang senja,” katanya. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: