COVID-19: ROBOT GANTI GRADUAN DI KONVO!!

Published by
KitaReporters

MENGHADIRI majlis upacara konvokesyen pasti meninggalkan momen indah, bukan sahaja kepada graduan yang menerima tetapi juga ibu bapa yang turut bangga dengan kejayaan anak-anak mereka. Namun keadaan semasa dengan penularan pandemic COVID-19 di seluruh dunia, tidak menghalang berlangsung majlis berkenaan walaupun dalam suasana yang luar biasa. : KitaReporters

ROBOT menggantikan graduan pada majlis konvokesyen Business Breakthrough University di Jepun yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel di Chiyoda, Tokyo. - Foto Business Breakthrough University


Baru-baru ini, di sebuah university Jepun terpaksa menggunakan robot bagi menggantikan diri menerima skrol ijazah para graduan pada majlis konvokesyen universiti berkenaan yang diadakan pada 28 Mac 2020.

Hebat kan!! Kreatif betul masyarakat Jepun... ada sahaja idea menarik mereka!

ROBOT berkenaan mempunyai skrin paparan yang menunjukkan wajah graduan dan tangan yang bersedia menerima sijil bagi pihak graduan.


Memetik laporan interestingengineering.com, majlis konvokesyen oleh Business Breakthrough University diadakan secara tertutup di sebuah hotel di Chiyoda, Tokyo itu terpaksa menggunakan robot sebagai perantara memandangkan graduan-graduan tidak dibenarkan hadir berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

GRADUAN yang terlibat melihat majlis berkenaan secara langsung melalui aplikasi Zoom di rumah masing-masing.


Pada majlis berkenaan, robot yang lengkap menggayakan pakaian jubah dan topi graduasi itu dilihat menghulurkan tangan sebagai tanda menerima skrol ijazah bagi pihak graduan.

Empat graduan yang mewakili dua jabatan akademik mengendalikan sejenis robot bernama “newme” dari jarak jauh yang ditugas untuk menerima sijil graduasi bagi para graduan yang telah menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.

Manakala graduan pula berada di rumah masing-masing dan bersiaran secara langsung melalui aplikasi Zoom.

Ternyata, majlis berkenaan bukan sahaja dilihat begitu kreatif dan inovatif, malahan membantu mahasiswa bergraduasi pada tempoh waktu yang ditetapkan. - KitaReporter


Menarik apa yang anda boleh guna dengan satu kereta mainan remote dan sebuah iPad


Seorang pelajar menggunakan sebuah robot untuk hadir pada majlis graduasinya kerana tidak dapat hadir sebab sakit.

3
22
0
1
0

Copy Link: