Gambar hiasan... Trend menjual telur penyu secara dalam talian kian meningkat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. - Kredit foto: Sumber internet


SEKUMPULAN aktivis dikenali sebagai 'Turtle Watch Malaysia' kini berjaya mengumpul hampir 1,000 individu berperanan sebagai 'mata-mata' bagi pantau aktiviti penjualan telur penyu secara dalam talian.

'Turtle Watch Malaysia' bertindak sebagai 'cyber trooper' (tentera siber) dalam laman media sosial bagi maklumkan aktiviti itu kepada Jabatan Perikanan berikutan trend penjualan telur penyu secara dalam talian yang dikesan semakin meningkat sejak Mei 2020.

Ketua Makmal Penyelidikan Luar Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Uzair Rusli yang juga aktivis itu berkata penjualan telur penyu secara terbuka dilihat tidak hormati usaha konservasi penyu dilakukan oleh pelbagai pihak.

"Sudah tiba masanya kita perlu lebih vokal untuk menyuarakan matlamat konservasi kita kepada masyarakat supaya usaha dilakukan tidak sia-sia.

"Penubuhan kumpulan pemantau, 'Turtle Watch Malaysia' membolehkan mereka menerima banyak perkongsian maklumat orang awam yang prihatin mengenai aktiviti penjualan telur penyu dalam talian," katanya dipetik laporan Bernama, 26 Julai 2021.

Tambah beliau, pihaknya turut menggalakkan netizen untuk sama-sama menegur penjual mahupun pembeli secara langsung secara terbuka namun secara berhemah. - KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: