Salah satu poster menyatakan solidariti dengan pihak berkuasa berhubung isu kebun durian haram di Raub, Pahang. - Kredit foto: FB


PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO), Hugs Project lancarkan petisyen solidariti pada 6 Julai 2021 menyokong tindakan pihak berkuasa membanteras dan memusnahkan kebun durian haram di Raub, Pahang.

Pengasas Hugs Project, Muhamad Lalili Basir berkata pihaknya tidak meletakkan sasaran jumlah tanda tangan namun percaya petisyen tersebut mendapat sambutan daripada pelbagai pihak.

“Semua pihak berhak nyatakan sokongan mereka kepada kerajaan negeri dalam usaha memnbanteras penerokaan tanah secara haram bagi kegiatan penanaman durian di Raub.

"Ramai yang menyokong serta bersetuju dengan langkah diambil kerajaan negeri tetapi sukar untuk  dapatkan angka sebenar. Melalui petisyen ini kita dapat lihat sokongan itu dengan angka lebih tepat sebagai rujukan,” katanya dipetik laporan Sinar Harian pada 6 Julai 2021.

Tambah beliau, petisyen tersebut akan dibawa pihaknya  kepada kerajaan negeri sebagai bukti sokongan rakyat terhadap semua usaha kerajaan terutama melibatkan isu alam sekitar.

Katanya lagi, orang ramai boleh menyatakan sokongan mereka dengan menandatangani petisyen tersebut di http://chng.it/Hugs. KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: