Pokok nadir spesis sentul antara pokok di tanam di kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub, Pahang. - Kredit foto: Harian Metro 


PEJABAT Pembangunan Hutan (PPH) Pahang Barat menanam 610 pokok nadir di kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub, Pahang  ‘mengantikan’ kebun durian Musang King diusahakan secara haram sebelum ini.

Penolong Pengarah PPH Pahang Barat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Wan Ghazali Wan Ali berkata pokok nadir spesies tampoi dan sentul ditanam itu dijangka keluarkan hasil antara tempoh 12 hingga 15 tahun akan datang.

“Dua spesis pokok nadir ini dijangka mampu hidup subur di kawasan  

hutan simpan terbabit kerana persekitarannya agak sejuk, berangin selain tanah yang subur. Pokok yang kita tanam di kawasan berbukit ini berumur enam bulan hingga setahun ditanam.

“Difahamkan dalam masa antara 12 hingga 15 tahun akan datang pokok berkenaan yang mencapai ketinggian beberapa meter akan mengeluarkan hasil. Selain itu, pokok ara pula akan ditanam di kawasan lembah serta tepi sungai air.

“Pokok nadir ditanam bagi menjadikan kawasan terbabit sebagai hutan semula jadi kerana pokok tampoi dan sentul antara pokok hutan di Pahang,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro pada 20 Julai 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Ghazali berkata sehingga 19 Julai 2021 pihaknya telah menanam 12,295 pokok hutan pelbagai spesies di hutan simpan kekal tersebut. KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: