PEKEBUN kin terpaksa beralih kepada tanaman sayur berikutan permintaan kurang daripada pelanggan. - Kredit foto: Pejabat Daerah Cameron Highlands


KIRA-KIRA 50 pekebun bunga di Cameron Highlands yang mengusahakan kebun berskala kecil terpaksa gulung tikar apabila terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Golongan itu kini terpaksa beralih dengan mengusahakan tanaman sayuran selepas terpaksa menanggung kerugian apabila tidak dapat memasarkan bunga yang ditanam.

Pengerusi Persatuan Bunga Cameron Highlands, Lee Peng Fo, berkata pasaran pelbagai jenis bunga di kawasan itu sepanjang PKP 3.0 amat perlahan disebabkan tiada permintaan pengguna di seluruh negara.

“Pekebun hanya bergantung pada pasaran tempatan, tidak dapat meneruskan projek tanaman bunga disebabkan tiada permintaan apabila semua majlis rasmi tidak boleh diadakan dalam tempoh yang panjang.

“Jadi bagi memastikan pendapatan tidak terus terputus kebanyakan pekebun bunga kini menanam sayuran yang masih mendapat permintaan tinggi daripada pengguna,” katanya seperti dipetik Berita Harian pada Khamis, 1 Julai 2021.

Katanya lagi bagi pekebun yang mengusahakan tanaman bunga berskala besar pula, mereka mengecilkan jumlah tanaman bagi mengelak kerugian sekiranya pasaran tidak dapat dilakukan.

"Bagi mereka yang memasarkan bunga ke luar negara permintaan masih berlaku secara berterusan walaupun jumlahnya tidak banyak berbanding sebelum ini," katanya,

Terdapat lebih 200 pekebun bunga berskala kecil dan besar di Cameron Highlands, yang mana 75 hingga 80 peratus pekebun memasarkan keluaran bunga mereka ke luar negara dan selebihnya tempatan. - KitaReporters


TIMBUNAN bunga yang dibuang di tempat pembuangan sampah di Cameron Highlands kerana tidak dapat dipasarkan berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh. - Kredit foto: Utusan Malaysia

1
0
1
1
0

Copy Link: