Berita Terkini| Masih rangka SOP umrah! Beberapa syarat perlu dilaksanakan hujung tahun 2021!

Published by
KitaReporters


KERAJAAN masih merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan pelaksanaan ibadah umrah pada Disember 2021 ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kebenaran bagi pelaksanaan tersebut juga masih perlu menunggu keputusan akhir oleh kerajaan.

“Perkara ini (kebenaran pada Disember) dalam pemakluman pihak Lembaga Tabung Haji (TH), dan kita masih lagi menunggu kebenaran kerajaan untuk kita membenarkan operasi umrah yang dikatakan akan dibenarkan pada Disember (2021) ini.

“Kita masih merangka SOP dan beberapa syarat yang perlu dilaksanakan untuk kebenaran mengerjakan umrah pada hujung tahun ini (2021),” katanya seperti dipetik Sinar Harian, 21 September 2021. - KitaReporters


16
18
0
11
0

Copy Link: