Gambar hiasan… Penduduk mengisi air bersih yang disediakan oleh SATU ekoran bekalan air terputus melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. - Kredit foto: Bernama


BANTUAN segera sebanyak RM2.79 juta diumumkan oleh kerajaan Negeri Terengganu bagi membantu lebih 150,000 penduduk di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang kembali terputus bekalan air sejak 23 Ogos 2021.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bantuan melalui Syarikat Air Terengganu (SATU) dan Terengganu Incorporated (TI) itu sebagai alternatif penyelesaian sementera bekalan air dipulihkan.

“Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak RM1.04 juta diberikan kepada 104 jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung yang terlibat bagi digunakan untuk sampaikan bekalan air harian kepada semua 29,151 akaun pengguna.

“Bantuan ini akan disampaikan menerusi Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri dan penyelaras mengikut jumlah penduduk serta pengguna di setiap kawasan. Sebanyak RM500,000 pula untuk pengurusan, logistik serta bekalan berkaitan di semua kawasan terlibat.

“Kerajaan juga akan bekalkan air minuman dalam kotak berjumlah RM1.25 juta kepada semua rumah terlibat,” katanya menerusi satu kenyataan yang dilaporkan Sinar Harian pada 25 Ogos 2021.

Kata beliau lagi, bekalan air bersih akan dipastikan dihantar dengan kekerapan yang sesuai bagi memastikan penduduk terjejas dapat menikmati bekalan air bersih sehingga krisis gangguan air dapat diselesaikan. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: