Tiada keperluan bagi individu mencetak sijil digital vaksinasi untuk rentas daerah atau negeri,


INDIVIDU yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi yang dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera sahaja jika ingin melakukan perjalanan rentas negeri atau daerah. 

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata tiada keperluan bagi individu mencetak sijil digital tersebut kerana tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan serta isu-isu lain. 

"Cukup sekadar menunjukkan sijil digital vaksinasi melalui paparan aplikasi MySejahtera dalam telefon bimbit masing-masing sahaja kepada penguat kuasa termasuk di sekatan jalan raya (SJR) jika ingin rentas daerah atau negeri. 

"Semua pihak mahu membuat perkhidmatan berbayar sedangkan tidak perlu langsung untuk mencetak. 

"Selain sijil digital, orang ramai boleh tunjukkan kad vaksinasi yang diterima oleh mereka selepas suntikan dibuat. Masing-masing pasti ada kad itu," katanya dipetik daripada laporan Sinar Harian pada 11 Ogos 2021. 

Tambah beliau, kad tersebut itu juga boleh dijadikan sebagai bukti sekiranya telefon bimbit kehabisan bateri dan sebagainya.

"Guna kad diberikan sahaja dan bukannya yang dicipta atau dijual. Setakat ini, hanya itu sahaja kaedah dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan," ujarnya. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: