Berita Terkini| Demi selamatkan nyawa, lelaki tetak harimau belang! Kini stabil! Hanya cedera!

Published by
KitaReporters

ADLIN Andok terpaksa berehat di rumah selepas cedera di bahagian lengan dan mata akibat diterkam oleh harimau belang di Kampung Badak, Gua Musang. - Kredit foto: Sinar Harian


UNTUK selamatkan nyawa sendiri, seorang lelaki Orang Asli nekad memberanikan diri menetak seekor harimau belang menggunakan sebilah golok selepas diterkam oleh binatang buas berkenaan di Kampung Badak, Pos Bihai, Gua Musang, Selasa, 6 Julai 2021.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa, Adin Andok, 43 dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menmbersih kawasan kebun ubi kayu miliknya.

Tindakan berani itu berjaya menyelamatkannya daripada dibaham oleh harimau berkenaan, menyebabkan Adin mengalami luka pada bahagian lengan kanan dan kiri serta mata.

Dia kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut pada bahagian mata.

Sementara itu anak mangsa, Kenwak Adin, 25, berkata, dia bersyukur apabila ayahnya terselamat dalam kejadian ngeri itu.

"Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan semua pihak yang telah berusaha sebaik mungkin merawat ayah saya," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Rabu, 7 Julai 2021. -KitaReporters


GAMBAR hiasan ... Adlin diterkam harimau belang ketika dalam perjalan pulang ke rumah selepas membersih kebun ubi kayu miliknya.


 

1
2
1
0
0

Copy Link: