LALUAN Persekutuan FT 185 Seksyen 43.9 di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley menghala ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan atas faktor keselamatan, akibat hujan lebat yang berterusan sejak Sabtu,18 September.

Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta dalam satu kenyataan menyatakan notis penutupan itu berkuat kuasa pada pukul 9.00 malam Sabtu, 18 September 2021 sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT 059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara. Kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan 19 September 2021 itu.

Kejadian pergerakan tanah membabitkan laluan sepanjang 30 meter dengan kedalaman 4.57 meter, dikesan berlaku kira-kira pukul 5.45 petang dan berkemungkinan berlaku disebabkan faktor hujan yang berterusan dan menyebabkan struktur tanah lemah dan tidak kukuh.

“Pemantauan Jabatan Kerja Raya Daerah dan pihak konsesi Jalan Persekutuan akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya. 

Daripada gambar yang ditularkan dapat dilihat ada berlalu kejadian tanah runtuh di bahagian jalan berkenaan. - KitaReporters


8
9
0
16
0

Copy Link: