KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 28 tahun dari Raub dihubungi suspek kononnya pegawai LHDN dari Alor Setar, Kedah untuk pengesahan maklumat peribadi. 


GARA-GARA takut dikenakan tindakan undang-undang, seorang pekebun durian sanggup memasukkan sejumlah RM20,000 ke dalam akaun individu yang tidak dikenali.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 28 tahun dari Raub dihubungi suspek kononnya pegawai LHDN dari Alor Setar, Kedah untuk pengesahan maklumat peribadi.

Panggilan kemudian disambung kepada seorang 'pegawai polis' di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Setar untuk semakan berhubung kes tunggakan cukai syarikat didaftarkan atas nama mangsa.

"Mangsa diarah menjelaskan tunggakan cukai berjumlah RM17,000 bagi mengelak tindakan mahkamah.

"Berikutan bimbang dirinya dikenakan tindakan, mangsa akur dan membuat bayaran itu pada hari sama dengan jumlah keseluruhan RM20,000 melalui pindahan wang ke akaun bank atas nama seorang lelaki," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian, Jumaat 20 Ogos 2021.

Bagaimanapun selepas membuat bayaran mangsa dikatakan cuba menghubungi suspek, namun gagal apabila nombor telefon digunakan sudah ditamatkan.

Beliau berkata, mangsa yang curiga membuat semakan di Pejabat LHDN cawangan Raub dan mendapati tiada cukai tertunggak direkodkan di atas namanya.

Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Raub untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: