80 mesin oksigen yang dipulangkan semula oleh HTAR kepada PKRC MAEPS 2.0 susulan jumlah pesakit Covid-19 di hospital berkenaan berkurangan ketika ini. - Kredit Foto: FB HTAR 


HOSPITAL Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang memulangkan semula 80 unit mesin ‘Oxygen Concentrator’ yang dipinjam dari Pusat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0.

Memetik laporan Kosmo pada 21 Ogos 2021, HTAR menerusi satu kenyataan memaklumkan tindakan itu dilakukan susulan jumlah pesakit Covid-19 semakin berkurangan di hospital itu ketika ini.

“Pihak HTAR memutuskan untuk memulangkan semula peralatan berkenaan memandangkan jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital ini semakin menurun.

“HTAR menzahirkan setinggi penghargaan kepada Pengarah PKRC, Dr Shahabuddin Ibrahim yang meminjamkan mesin itu sepanjang menghadapi tempoh bencana sebelum ini.

“Kami ucapan jutaan terima kasih atas segala sumbangan dan sokongan daripada semua pihak kepada HTAR,” katanya.

Sementara itu, HTAR memaklumkan Bahagian Logistik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima dan akan menyusun semula keperluan peralatan Pemekat Oksiden itu bagi digunakan di hospital negeri-negeri lain yang alami peningkatan kemasukan pesakit secara mendadak. - KitaReporters 


0
0
0
1
0

Copy Link: