Nama Azizulhasni sebelum ini pernah direkodkan dua kali dalam MBR.  - Kredit foto: FB Azizulhasni Awang 


NAMA jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi terpahat dalam The Malaysia Book of Records (MBR) selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak acara berbasikal trek di Sukan Olimpik di Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos 2021.

Penghargaan itu merupakan kali ketiga dalam kerjaya beliau selepas sebelum ini direkodkan sebagai rakyat Malaysia pertama menang pingat gangsa di Sukan Olimpik di Olimpik Rio 2016 dan pertama pemenang pingat emas acara keirin pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek 2017.

Penyampaian sijil MBR kepada Mohd Azizulhasni yang digelar ‘The Pocket Rocketman’ berusia 33 tahun dan berasal dari Dungun, Terengganu itu berlangsung secara maya menerusi Facebook MBR pada 15 Ogos 2021.

Simbolik penyampaian anugerah penghargaan itu disampaikan Ketua Pegawai Operasi MBR, Christopher Wong dengan menunjukkan satu sijil.

Sementara itu, menurut Azizulhasni penghargaan itu sebagai satu penghormatan buat diri dan juga kariernya.

“Saya sungguh gembira dengan penghormatan ini dan ini bermakna saya perlu bekerja lebih keras lagi untuk mendapatkan satu lagi pingat dalam tiga tahun seterusnya, pada (Olimpik) Paris 2024,” katanya dipetik daripada laporan Sinar Harian pada 15 Ogos 2021. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: