Gambar hiasan... Syarikat-syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC layak terima insiatif Pemerkasa. - Kredit foto: Internet


BANTUAN kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 akan diperluaskan oleh kerajaan kepada syarikat Malaysia My Second Home (MM2H) berlesen yang turut terjejas akibat pandemik Covid-19.

Memetik laporan Utusan Malaysia pada 26 Julai 2021, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi satu kenyataan berkata bantuan itu akan memberi manfaat kepada sebanyak 697 syarikat MM2H.

“Syarikat-syarikat MM2H berlesen di bawah MOTAC diharap dapat mengambil peluang bantuan kewangan ini sebaik mungkin.

“Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Ogos 2021. Sebarang permohonan dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.  

“Sebelum ini, bantuan kewangan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) ini diberikan secara one-off (sekali beri) kepada syarikat pengendali pelancongan yang layak. Kini diperluas kepada syarikat MM2H,” katanya.

MOTAC memaklumkan, maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan Pemerkasa 2021 bagi syarikat MM2H berlesen boleh hubungi Pejabat MOTAC negeri berdekatan.

Info lanjut juga boleh layari http://www.motac.gov.my/pemerkasamotac2021_mm2h. KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: