KEJAYAAN Labuan memerangi pandemik Covid-19 sebahagian besarnya disumbangkan oleh lima faktor utama iaitu keberkesanan program vaksinasi, program kawalan kesihatan awam, program intervensi berdasarkan penilaian risiko, selain kerjasama erat orang ramai dan kawalan sempadan yang ketat.

Wilayah Persekutuan itu merekodkan tiada kes baharu Covid-19 pada Sabtu, 14 Ogos 2021 lalu bagi pertama kali sejak mencatatkan peningkatan mendadak kes positif dengan penularan varian Delta dari April hingga Julai 2021.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, penurunan ketara bagi jumlah kes positif dan kematian sejak bulan Julai lalu menunjukkan program vaksinasi telah berkesan dalam meratakan lekuk penularan Covid-19.

“Jumlah kes harian Covid-19 terus menurun ke paras rata sejak beberapa bulan terakhir apabila pulau ini memperluaskan kelayakan vaksin kepada semua orang dewasa,”  katanya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian pada Isnin, 16 Ogos 2021.

Beliau berkata, jumlah kematian akibat Covid-19 juga menurun sejak minggu kedua Julai, selepas program vaksinasi dijalankan secara berkesan.

Beliau mendedahkan Labuan pernah menjadi lokasi paling teruk dilanda gelombang kedua Covid-19 pada penghujung tahun lalu (dari Oktober 2020 hingga Jun 2021) dan mencatatkan 1,598 kes dalam masa dua bulan dengan kematian berlaku setiap hari (termasuk kematian di luar hospital atau BID).

Berikutan serangan varian Delta, beliau berkata, jumlah kes aktif menyaksikan peningkatan luar biasa sebanyak 63 kali ganda pada minggu pertama bulan Jun dengan jumlah kes harian melebihi 200. - KitaReporters


Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, penurunan ketara bagi jumlah kes positif dan kematian sejak bulan Julai lalu membuktikan program vaksinasi telah berkesan. - Kredit Foto: borneodailybuletin.com 

0
0
0
0
0

Copy Link: