MAJLIS akad nikah dibenarkan senula diadakan di semua masjid di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu berkuat kuasa Jumaat, 17 September selepas diputuskan Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Wilayah Persekutaan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Pasangan yang telah mempunyai kebenaran berkahwin daripada Jawi hendaklah membuat janji temu dengan pihak masjid bagi mendapatkan tarikh serta waktu akad nikah. 

"Kehadiran ke majlis akad nikah di masjid terhad kepada 10 orang sahaja.

“Kebenaran diberikan kepada pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, ibu pengantin perempuan, kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki, jurunikah, dua orang saksi daripada pihak Jawi atau masjid yang berkenaan dan seorang jurugambar," katanya dalam kenyataan dalam Facebook rasmi, Jawi, hari ini, 17 September 2021. - KitaReporters


13
10
0
12
0

Copy Link: