KIRA-KIRA 40,000 penduduk di daerah ini dikesan gagal mendapatkan suntikan vaksin bagi mengekang penularan COVID-19.

Pegawai Daerah Kluang, Jamaludin A. Hamid berkata, beberapa faktor antaranya terlepas tarikh janji temu, tidak daftar MySejahtera dan golongan antivaksin.

“Pelbagai faktor menyebabkan punca mereka tidak mendapat suntikan vaksin antaranya warga emas yang terlepas janji temu, pihak yang berada di atas pagar, antivaksin, malah paling mengejutkan ramai dalam kalangan golongan muda yang celik Internet sebenarnya tidak mendaftar dengan MySejahtera.

“Bagi mengatasi masalah itu selain daripada kempen hebahan awam dan media sosial kita juga mengerahkan sukarelawan ke kawasan pendalaman dan bandar bagi berkomunikasi dengan golongan ini mengenai kepentingan vaksin.

“Alhamdulillah dengan pendekatan ini kita berjaya mendaftarkan lebih ramai dalam MySejahtera namun kita juga masih mencari baki kira-kira 40,000 penduduk yang layak ini untuk tampil mendaftar dalam My Sejahtera,” katanya seperti dipetik oleh Kosmo, Jumaat, 10 September 2021.

Sehubungan itu sebagai usaha menggalakkan pendaftaran penduduk berkenaan, pihaknya mempelawa mereka untuk membuat ‘walk-in’ (jumpa terus) vaksin di semua PPV daerah Kluang termasuk terbaru di PPV LHDN. - KitaReporters



7
11
0
16
0

Copy Link: