Berita Terkini| Pemuda putus cinta diselamatkan bomba! Nak bunuh diri! Terjun jejambat 10m tinggi

Published by
KitaReporters

Cubaan seorang lelaki terjun dari jejambat Bukit Jelutong di Lebuh Raya Guthrie akibat putus cinta. - Kredit foto: Ihsan JBPM


GARA-GARA kecewa akibat putus cinta, seorang pemuda bertindak cuba membunuh diri dengan terjun dari atas jejambat Bukit Jelutong di Lebuh Raya Guthrie, Shah Alam pada pagi Sabtu, 21 Ogos 2021.

Bagaimanapun, usaha lelaki berusia 20-an itu gagal apabila pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya memujuknya.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 11.38 pagi.

“Enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi sejurus mendapat panggilan sebelum tiba di tempat kejadian dua minit kemudian.

“Sewaktu tiba, didapati seorang lelaki berusia 20-an berada di atas jejambat yang berketinggian kira-kira 10 meter. Usaha memujuk dilakukan dengan bantuan polis mengawal lalu lintas di bahagian bawah selain sebuah kontena diletakkan di bawah jejambat tersebut.

“Lebih kurang 10 minit usaha memujuk dilakukan lelaki itu akhirnya turun ke lori kontena berkenaan,” katanya dipetik laporan Kosmo pada 21 Ogos 2021.

Tambah beliau, pemuda berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - KitaReporters



0
0
0
0
0

Copy Link: