Lelaki berusia 28 tahun yang diselamatkan oleh Polis Marin Wilayah 1 di hantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dapatkan rawatan.


SEORANG lelaki berusia 28 tahun yang berenang menggunakan pelampung gabus stirofoam dengan alasan ingin ke Mekah diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) selepas ditemui di Selat Pulau Pinang pada 2 Ogos 2021.

Terdahulu, mangsa terjun ke dalam laut dari Jeti Tanjung City Marina, Georgetown dan dia merupakan individu sama dilaporkan berenang rentas daerah dengan alasan ingin berjumpa kawan di Seberang Perai dalam kejadian 12 Julai 2021.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong dalam kejadian kira-kira 4.55 petang itu pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan melihat lelaki terapung di tengah laut berhampiran Jeti Marina.

“Pasukan Polis Marin Wilayah 1 dihubungi bagi membantu menyelamatkan mangsa. Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan individu sama dalam kejadian dilaporkan sebelum ini, kali ini alasan diberikan berenang untuk Tanah Suci Mekah.

“Pihak polis membawanya ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan penilaian tahap kesihatan mental. Ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah,” katanya dipetik laporan Kosmo, 3 Ogos 2021.

Tambah Soffian, lelaki tersebut kini ditempatkan di Wad Psikiatrik, Jalan Perak di Georgetown bagi rawatan lanjut. - KitaReporters


1
0
0
1
0

Copy Link: