Berita Terkini| Wanita belum dikenal pasti identiti ditemukan rentung! Kereta dipandu terbakar!

Published by
KitaReporters

Mayat seorang wanita tidak dikenal pasti identitinya ditemukan di tempat duduk kereta yang terbakar di Bandar Baru Selayang


SEORANG wanita yang tidak dikenal pasti identitinya ditemukan rentung di tempat duduk kereta yang terbakar di  Jalan 4/2 Bandar Baru Selayang pada  8 Julai 2021. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menemukan mangsa selepas sepasukan bomba menjalankan operasi pemadaman.

"Sejurus menerima panggilan kecemasan jam 4.25 pagi, sepasukan lapan anggota dan pegawai serta sebuah jentera digerakkan ke lokasi. 

"Setibanya di tempat kejadian, didapati sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil  terbakar 40 peratus di bahagian dalam kereta. 

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit bagi memadam kenderaan terbabit. Mayat pemandu kereta, seorang wanita, diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan pada 8 Julai 2021.

Tambah beliau, identiti wanita tersebut tidak dapat dikenal pasti dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. - KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: