Berita Terkini| Pelan Tindakan OKU 2023-2030 perlu disediakan! Bagi perkasakan komuniti OKU!
Published byKERAJAAN perlu membentangkan penilaian terhadap Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang sebelum ini serta memulakan proses untuk penyediaan Pelan Tindakan OKU 2023-2030 yang lebih fokus.
Ahli Dewan
Negara (ADN) mewakili orang kurang upaya (OKU), Senator Datuk Ras Adiba Radzi
berkata, perkara itu adalah antara 16 perkara yang dicadang untuk dilaksanakan
kerajaan dalam usaha memperkasakan komuniti OKU di negara ini.
"Saya
menyambut baik usaha Perdana Menteri yang menetapkan supaya setiap kementerian
perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.
“Bagi
merealisasikan komitmen kerajaan menerusi slogan Keluarga Malaysia, saya
berharapan agar kerajaan dapat melipatgandakan usaha, dalam memperkasakan
komuniti orang kurang upaya (OKU) di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada
Isnin, 6 September 2021.
Cadangan-cadangan
lain adalah merealisasikan penaiktarafan Jabatan Pembangunan OKU sebagai
jabatan penuh; menyegerakan pindaan Akta OKU 2008 dengan memasukkan elemen
penguatkuasaan; memperkenalkan insurans khas buat komuniti itu; dan menubuhkan
Yayasan Pembangunan OKU Malaysia.
Selain itu, Ras Adiba yang juga Presiden Persatuan OKU Sentral turut mencadangkan kerajaan meluaskan kategori OKU kepada penyakit jarang jumpa (rare diseases atau RD) dan albino, serta menyediakan peruntukan khas dan penubuhan Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa menerusi Belanjawan 2022. - KitaReporters