CADANGAN SOP ialah pemilik dan pekerja perlu lengkap menerima vaksinasi Covid-19 selain perlu menjalani saringan mingguan dan penutupan premis serta-merta bagi tujuan sanitasi.


PEMILIK serta pekerja sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana akan diwajibkan menerima vaksin Covid-19 sekiranya mahu perniagaan mereka dibenarkan untuk beroperasi semula.

Perkara berkenaan merupakan syarat mandatori dan prosedur operasi standard (SOP) ketat dicadangkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya memfokuskan kepada enam aktiviti ekonomi di bawah kategori 'First to Close Last to Open' (FCLO), iaitu makan dan minuman di premis, pusat beli-belah, kedai jam, rawatan kecantikan kuku serta salun kecantikan, dan kedai gunting rambut rambut.

“SOP itu, memerlukan panduan lengkap daripada pengendalian pelanggan, menguruskan kakitangan, waktu operasi dan penyelenggaraan premis bagi memastikan semuanya mematuhi syarat keselamatan pasca-Covid-19.

"Antara cadangan SOP mandatori ialah pemilik dan pekerja perlu lengkap menerima vaksinasi Covid-19 selain perlu menjalani saringan mingguan dan penutupan premis serta-merta bagi tujuan sanitasi, jika melaporkan sebarang kes Covid-19," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur pada Selasa, 27 Julai 2021.

Wan Junaidi yang menyokong penuh bagi pengoperasian semula lebih banyak aktiviti ekonomi, bagaimanapun mengakui terdapat keperluan bagi SOP lebih jelas demi menjamin kelangsungan operasi perniagaan. - KitaReporters



 

0
0
2
0
0

Copy Link: