Berita Terkini| Permohonan i-Citra dibuka 12 Julai! 3 hari lebih awal daripada tarikh ditetapkan!

Published by
KitaReporters


PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah kini boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula esok, 12 Julai 2021, tiga hari lebih awal daripada tarikh ditetapkan.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, memaklumkan permohonan itu boleh dibuat melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

"Bagi memudahkan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran terbabit.

"i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 dan 2," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Ahad, 11 Julai 2021.

Pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank pencarum mulai Ogos 2021 dan jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar sehingga lima kali bayaran iaitu sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Citra serta cara membuat permohonan, pencarum boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP di laman sesawang www.kwsp.gov.my atau menghubungi talian hotline i-Citra di 03-8922 4848. - KitaReporters


GAMBAR hiasan... i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 dan 2 . 

3
0
0
0
0

Copy Link: