SERBUAN yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu menahan kesemua individu berusia antara 17 hingga 45 tahun di tiga buah unit kondominium di Jalan Stonor. - Kredit foto: Sinar Harian


TINDAKAN licik 28 individu termasuk tujuh wanita yang terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian menjurus kepada penipuan 'money game' akhirnya terkantoi selepas kesemua mereka diberkas oleh polis, pada Rabu, 28 Julai 2021.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, serbuan dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan berjaya menahan kesemua individu berusia antara 17 hingga 45 tahun itu di tiga buah unit kondominium di Jalan Stonor.

"Kita turut merampas 35 telefon bimbit pelbagai jenama, 15 unit komputer dan lapan komputer riba," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian, Khamis 29 Julai 2021.

Nasri berkata, pada serbuan pertama, seramai 10 individu termasuk seorang wanita ditahan, manakala tujuh lagi individu termasuk empat wanita ditahan dalam serbuan kedua.

"Dalam serbuan terakhir seramai 11 individu termasuk dua wanita ditahan. Siasatan lanjut mendapati empat daripada kesemua suspek yang ditahan merupakan warga China," katanya.

Nasri berkata, pihaknya percaya, sindiket ini beroperasi sejak dua minggu lalu dan anggaran sewa kondominium kira-kira RM10,000 sebulan.

"Suspek dipercayai memperoleh gaji sekitar RM2,000 sebulan. Siasatan menjurus kepada kesalahan penipuan 'money game' selain kesalahan jenayah perjudian," katanya sambil mejelaskan kesemua itu akan ditahan untuk tindakan lanjut. - KitaReporters


Gambar hiasan... Polis percaya, sindiket itu beroperasi sejak dua minggu lalu dan anggaran sewa kondominium kira-kira RM10,000 sebulan. - Kredit foto: freemalayasiatoday.com

0
0
1
0
0

Copy Link: