Berita Terkini| KPT beri kelonggaran yuran di universiti awam! Fahami keluh kesah ibu bapa!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan… KPT sentiasa memahami keluh resah penuntut universiti awam dan ibu bapa yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19. - Kredit foto: etawau.com 


KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju memberikan kelonggaran serta pertimbangan sewajarnya terhadap tuntutan yuran melibatkan penuntut univeriti awam (UA) yang terjejas serta menghadapi masalah kewangan.

Memetik laporan Harian Metro pada 16 Julai 2021, KPT menerusi satu kenyataan memaklumkan keluh kesah golongan ibu bapa dan penuntut yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sentiasa didengari serta difahami.

“Melalui surat edaran bertarikh 22 Mac 2021, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) sudah meminta UA berikan kelonggaran dan pertimbangan sewajarnya terhadap tuntutan melibatkan penuntut dan keluarga terjejas pendapatan.

"UA melaksanakan beberapa inisiatif bagi ringankan beban penuntut antaranya pengurangan yuran

perkhidmatan, yuran aktiviti kolej, yuran asrama serta yuran konvokesyen.

“Inisiatif ini adalah purata antara 10 peratus sehingga 35 peratus dan telah bermula semester kedua sesi akademik 2019/2020. Pengurangan yuran membabitkan semua penuntut warganegara Malaysia,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pengurangan tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM75 juta dengan RM20 juta adalah peruntukan tambahan kerajaan dan RM55 juta lagi menggunakan sumber dalaman UA.

Sementara itu, bagi semester pertama sesi akademik 2020/2021, pengurangan yuran adalah sebanyak RM70.2 juta diberikan oleh UA, manakala pengurangan pada sesi kedua sesi akademik 2020/2021 membabitkan sejumlah RM40.5 juta. KitaReporters


 

0
0
0
0
0

Copy Link: